Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

LAPORAN PROGRAM KEBITARAAN AKADEMIK DAN LAPORAN PROGRAM JARINGAN & JALINAN SKK BAGI SUKUAN KETIGA(3) 2016

Assalamualaikum,  Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Mohon perhatian semua SKK, supaya dapat menghantar  Laporan Kebitaraan Akademik (AK1-AK4) dan Laporan Jaringan & Jalinan (JJ1-JJ7) Sukuan KETIGA(3) tahun 2016 sebelum atau pada 10 NOVEMBER 2016.
Bagi sekolah yang menganjurkan program peringkat ANTARABANGSA DAN KEBANGSAAN, dimohon menghantar Laporan Keberkesanan Program Pengantarabangsaan dan Laporan Program Berimpak Tinggi dalam tempoh 2 minggu selepas program berlangsung .
Bagi Laporan untuk sukuan PERTAMA dan KEDUA masih terdapat SKK yang belum menghantar laporan berkaitan. Mohon semua SKK yang terlibat membuat TINDAKAN SEGERA
Kegagalan tuan untuk berbuat demikian, akan menyukarkan pihak Bahagian menyelaras dan menganalisis setiap program berkaitan yang telah dijalankan oleh SKK.
Sekian, terima kasih.

"Salam Sehati Sejiwa"

Sila klik di bawah (jika perlu) :-
FORMAT LAPORAN PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN
FORMAT LAPORAN PROGRAM KEBITARAAN AKADEMIK
FORMAT LAPORAN KEBERKESANAN PRO…

PENTING: RFP 2017, RFP 2016 DAN PEMANTAUAN & BIMBINGAN PERUNTUKAN KHAS SKK TAHUN 2016

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia Salam Sehati Sejiwa,
Mohon teliti semula makluman berikut:
1. RFP 2017
Sukacita dimaklumkan RFP 2017 bagi peruntukan berjumlah RM100,000.00 perlu dikemukakan sebelum 25 November 2016. RFP yang lengkap perlu dihantar seperti berikut:
1. Satu (1) salinan hardcopy lengkap RFP yang mengandungi Ringkasan Eksekutif dan Perbelanjaan 2017. 
2. Satu (1) salinan CD yang mengandungi softcopy RFP iaitu Perbelanjaan 2017 (Excel), Ringkasan Eksekutif (Word) yang dinamakan dengan nama sekolah. Mohon tidak dihantar dalam bentuk PDF serta TIDAK diemelkan.
Dilampirkan bersama-sama emel ini surat makluman serta format Perbelanjaan RFP dalam bentuk Excel.

2. RFP 2016
Permohonan pinda dan pindah peruntukan bagi tahun 2016 tidak lagi DITERIMA.

3. Pemantauan dan Bimbingan Peruntukan Khas SKK tahun 2016
Sekolah yang terlibat adalah:
A. Terengganu: En Shah Rafi bin Ihsham Shah (25-26 Oktober 2016)-TERKINI
i. SM Imtiaz Kuala Berang ii. SMKA Kuala Abang iii. SMKA Durian Guling …