Khamis, 30 Jun 2016

BENGKEL KERJA KEBITARAAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2016

Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia Salam Sehati Sejiwa,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Kerja Kebitaraan SKK 2016 untuk Penyelaras Utama SKK akan dilaksanakan mengikut zon seperti ketetapan berikut:

a) Zon SQL (Negeri Sabah, Sarawak dan WP Labuan)
Tarikh: 13 hingga 14 Julai 2016
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching, Sarawak

b) Zon Utara (Negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang)
Tarikh: 19 hingga 20 Julai 2016
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: SMK Derma, Perlis

c) Zon Timur (Negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu)
Tarikh: 26 hingga 27 Julai 2016
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: SMK Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu

d) Zon Selatan (Negeri Johor dan Melaka)
Tarikh: 3 hingga 4 Ogos 2016
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor

e) Zon Tengah (Negeri Sembilan, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya)
Tarikh: 10 hingga 11 Ogos 2016
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: SMKA Sheikh Haji Mohd. Said, Seremban, Negeri Sembilan

Bengkel kerja ini khusus kepada seorang (1) Penyelaras Utama SKK sahaja. Sekiranya penyelaras utama tiada, maka seorang penyelaras kebitaraan (akademik atau kokurikulum) dimohon hadir. Penginapan dan pengangkutan tidak disediakan. Kehadiran adalah diwajibkan.

Untuk mendapat maklumat lanjut, mohon hubungi Cik Nor'Aini binti Mohammad (03-83217410), En Muhd Zukhairi bin Ahmad (03-8321 7423) atau Cik Norhanida binti Samsudin (03-8321 7428).


SKK juga diingatkan untuk membawa perkara berikut:

1.  Borang Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Jalinan SKK-UA 2016. Muat turun surat dan format di sini  atau di laman http://myklusterakademik.blogspot.com/

2. Maklumat sekolah dalam bentuk softcopy. Muat turun format di sini.

Rabu, 29 Jun 2016

KONVENSYEN SAINS ISLAM PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE II (KONGSI’16)


Pengetua / Guru Besar SKK,

JEMPUTAN KE PROGRAM KONVENSYEN SAINS ISLAM PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE II (KONGSI’16)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan, Bahagian ini memanjangkan maklumat berkaitan jemputan ke Program Konvensyen Sains Islam Peringkat Antarabangsa Kali Ke II (KONGSI’16) yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

            Tarikh :          6 Oktober 2016
            Masa :           8.00 pagi – 5.30 petang
            Tempat :        Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan

3.         Sehubungan dengan itu, Bahagian ini menggalakkan penyertaan dari Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan amat berbesar hati jika pihak tuan dapat menyertai Konvensyen ini sama ada sebagai pembentang atau peserta.


4.         Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara ini, sila rujuk kepada surat yang disertakan dari pihak USIM.

Sekian, terima kasih.




Khamis, 23 Jun 2016

JEMPUTAN MENYERTAI 3RD HIGH PERFORMING SCHOOL HEAD TEACHER INTERNATIONAL CONFERENCE

Salam 1Malaysia Salam Sehati Sejiwa,




Sukacita disampaikan makluman berhubung persidangan antarabangsa anjuran sektor Sekolah Berprestasi Tinggi, BPSBPSK dengan kerjasama International University Malaya Wales (IUMW) yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 4 hingga 7 Oktober 2016
Tempat: Kampus Utama IUMW, Jalan Tun Ismail, WP Kuala Lumpur
Penginapan: Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur
Tema: Leaders of Tomorrow

Untuk makluman SKK, bagi menyertai program ini SKK perlu menghubungi sekretariat untuk penjelasan berhubung cara pembayaran program. Ini bagi memastikan pembayaran dibuat tidak menyalahi peraturan penggunaan peruntukan kerajaan.  Sekiranya SKK ingin membuat pindaan peruntukan bagi menyertai program ini, mohon hubungi En Shah Rafi untuk pencerahan.

Pembayaran yuran penyertaan boleh dibuat menggunakan cek sekolah dan dibayar kepada PIBG Sekolah Menengah Sains Selangor (No. Akaun: 014132301678). Maklumat terperinci tentang amaun yuran pendaftaran serta pakej yang ditawarkan oleh persidangan ini, YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan boleh merujuk Lampiran 1 atau layari laman sesawang Facebook persidangan: 3rd HPS Head Teacher International Conference 2016.

Pihak YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan juga dimohon untuk melengkapkan Borang Pendaftaran Persidangan. Borang yang telah lengkap diisi dan bukti pembayaran diemelkan ke 3hpsc2016@gmail.com atau dihantar kepada:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
dan Sekolah Kecemerlangan
Aras 3, Blok 2251
Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor
(U.p.: Cik Suraya Hani bt Mohd Lasim)

Sebarang pertanyaan, YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puanboleh menghubungi Sekretariat Persidangan di talian 03-8321 7441 / 7442 / 7445 atau emel : 3hpsc2016@gmail.com
Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Harap maklum.