Selasa, 8 Mac 2016

Bengkel Seni Berbahasa & Pertandingan Deklamasi Sajak SKPA(2) 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, SK Puncak Alam(2), Selangor akan menganjurkan Bengkel  Seni Berbahasa & Pertandingan Deklamasi Sajak SKPA(2) 2016 yang akan dilaksanakan pada:

                 Tarikh :   9 April 2016 (Sabtu)
                 Hari    :   Sabtu
                 Tempat: SK Puncak Alam (2)

Berikut disertakan, surat jemputan beserta dokumen-dokumen berkaitan bengkel tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut mohon hubungi Penyelaras SKK, Puan Zuredah Binti Ali (012-6046993) atau Penyelaras Kebitaraan Bahasa Melayu, Puan Junaidah Binti Abdul Jalil (019-6957781)

Segala kerjasama yang diberikan. didahului dengan ucapan terima kasih.

Khamis, 3 Mac 2016

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN PIDATO DAN BERCERITA PERINGKAT KEBANGSAAN SK KLIA DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA NILAI (USIM)

Assalamualaikum,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SK KLIA, Sepang Selangor di bawah Unit Kebitaraan Bahasa Melayu akan menganjurkan PERTANDINGAN PIDATO DAN BERCERITA PERINGKAT KEBANGSAAN mengikut ketetapan berikut:

Tarikh                    :7 Mei 2016 (sabtu)
Tempat                  : Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai Negeri Sembilan.
Masa                     :7.30 pagi – 5.00 petang
Yuran Penyertaan : RM 50.00 / 1 Pertandingan (acara)

3. Taklimat dan pengundian pertandingan akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh    : 6 Mei 2016 (Jumaat)
Tempat  : Bercerita (Bilik Kuliah Sederhana 1, Pusat Tamhidi USIM)
               : Pidato (Bilik Kuliah Sederhana 2, Pusat Tamhidi USIM)
Masa     : 8.00 Malam.

4. Aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan dalam program ini adalah seperti berikut:

                 4.1 Pertandingan Pidato Tahap 2
                 4.2 Pertandingan Bercerita Tahap 1
                 4.3 Pertandingan Bercerita Tahap 2

5. Borang penyertaan yang lengkap boleh dihantar melalui email : infoskkskklia.net@gmail.com atau faks ditalian 03-870 64295 selewat-lewatnya atau pada 25 Mac 2016 (Jumaat) . Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Penyelaras SKK, En. Mohammad Shariffuddin bin Jahuri (017-251 2007) atau Penyelaras Kebitaraan Bahasa Melayu, Pn. Mazeliah bt Jalil (013-261 6902)

6. Untuk makluman tuan, semua tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PENTING!!!

DOKUMEN BERKAITAN BOLEH KLIK ====>>> DI SINI

LITERATURE CAMP 2016 SMK DAMANSARA JAYA



PENTING !!!
MAKLUMAT LANJUT, SILA KLIK  ====>>>> DI SINI