Isnin, 29 Februari 2016

PEMENTASAN BAHASA INGGERIS "OUR WIZARD OF OZ" DARI SMK PENANG FREE

Penang Free School akan mengadakan satu pementasan Bahasa Inggeris yang bertajuk "Our Wizard of Oz" seperti ketetapan berikut :  

Tarikh : 1hb, 2hb dan 3hb April 2016 
Masa : Bermula jam 8.00 pagi 
Tempat : Dewan Penang Free School (berhawa dingin)

Penjualan tiket pada Jumaat (1hb April 2016) akan dijual pada kadar RM 25.00, Manakala, tiket pada hari Sabtu dan Ahad (2hb dan 3hb April 2016) akan dijual pada kadar RM 30.00 dan RM 50 .00. Tempat duduk VIP pada kedua-dua hari tersebut akan dijual pada harga RM 100.00 ke atas. (Sebagai tanda derma) Murid yang akan menerima tempahan tiket bernama Ady choong. (Murid Tingkatan 6)

* Program ini adalah Sempena ulangtahun ke 200 Penang Free School.

Jumaat, 19 Februari 2016

KARNIVAL KEBITARAAN KEBANGSAAN (BAHASA INGGERIS & ROBOTIK) 2016.

JEMPUTAN KE KARNIVAL KEBITARAAN KEBANGSAAN (BAHASA INGGERIS & ROBOTIK) 2016.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.

Sukacita dimaklumkan, pihak SMK Tinggi BatuPahat, Johor dengan sukacitanya ingin menjemput pihak tuan untuk mengambil bahagian dalam karnival seperti ketetapan berikut :

TARIKH     : 31 MAC 2016
TEMPAT    : SMK TINGGI BATU PAHAT,JOHOR.

Bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut untuk rujukan dan tindakan pihak tuan,
        
                       1. Borang Penyertaan
                       2. Syarat-syarat penyertaan
                       3. Jadual Program
               
Borang penyertaan yang lengkap boleh dihantar melalui email kepada hsbp.scrabble2015@gmail.com atau faks di talian 07-434 34117. Pernyertaan adalah terhad. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn Rahifah Bt Zulklifli (012-381 5580) dan En Neo Shun Zhi (012-720 8776)

Untuk makluman tuan,tambang perjalanan,penginapan dan makan/minum sepanjang karnival ini berlangsung tidak akan disediakan oleh pihak penganjur.
Kesudian pihak sekolah tuan menyertai karnival ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

SILA KLIK DIBAWAH UNTUK MENDAPATKAN :




Khamis, 18 Februari 2016

KARNIVAL MATHsTARI PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

Assalamualaikum,Salam 1Malaysia Salam Sehati Sejiwa,
Sukacita dimaklumkan SK JALAN EMPAT, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR akan menganjurkan KARNIVAL MATHsTARI PERINGKAT KEBANGSAAN 2016 pada ketetapan berikut:

Tarikh    : 16 dan 17 April 2016

Hari        : Sabtu dan Ahad

Tempat : SK JALAN EMPAT , SELANGOR.

Masa     : 16/4: 8.30 pagi hingga 12.00 tgh hari & 8.00 hingga 10.00 malam

               17/4: 9.00 pagi hingga 12.00 tgh hari

Sebarang pertanyaan berkaitan Pendaftaran boleh berhubung (SMS @ WhatsApp) dengan Puan Noor Hajizah binti Ibrahim (013 - 4541 980) dan Puan Sarina binti Yusop (013 - 4353 601).


=======>>> KLIK LAMPIRAN DI SINI untuk dapatkan Surat Jemputan , Borang Penyertaan , Syarat Penyertaan dan Tentatif Karnival.



Khamis, 4 Februari 2016

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN GOOD ENGLISH LANGUAGE LEARNER: NATIONAL INTERSCHOOL (ANNUAL) CHALLENGE QUIZ (GELL-SNCQ 2016-1st ed) DIANTARA SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER

(TARIKH TUTUP PENDAFTARAN DILANJUTKAN).

Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia Salam Sehati Sejiwa,

Sukacita dimaklumkan SK TELUK KEPAYANG, BOTA, PERAK dengan kerjasama UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, (Kampus Seri Iskandar), akan menganjurkan PERTANDINGAN GOOD ENGLISH LANGUAGE LEARNER: NATIONAL INTERSCHOOL (ANNUAL) CHALLENGE QUIZ (GELL-SNCQ 2016-1st ed) DIANTARA SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER tahun 2016 pada ketetapan berikut:

Tarikh        : 2 April 2016
Hari           : Sabtu
Tempat     : Universiti Teknologi MARA, Kampus Seri Iskandar
Masa         : 8.00 pagi – 5.00 petang
                
Bahan bacaan: sila rujuk lampiran (soalan pengetahuan Am yang berkaitan)

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN DILANJUTKAN SEHINGGA: 15 MAC 2015

Sebarang pertanyaan berkaitan Pendaftaran boleh berhubung dengan Cikgu Rosniah Zainol Abidin (SK Teluk Kepayang) di talian 013- 4806160.

=======>>> KLIK LAMPIRAN DI SINI.
Dapatkan Surat jemputanSyarat Penyertaan, dan Borang Penyertaan