Khamis, 28 Januari 2016

JEMPUTAN KE KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016

Salam 1 Malaysia Salam Sehati Sejiwa,

Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) akan mengadakan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2016 "Jom Masuk IPT" Kali ke -12.

Sehubungan itu, jabatan Hal Ehwal Akademik UUM akan menganjurkan program seperti tersebut di atas bagi zon utara seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 30 Januari 2016 (Sabtu)
Tempat: Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah

Suka diingatkan bahawa jemputan ini hanya terpakai untuk ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara "Jom Masuk IPT" pada 30 Januari (Sabtu) disebelah pagi sahaja. 

Oleh yang demikian, semua SKK terutamanya di Zon Utara adalah digalakkan untuk menyertai program yang akan berlangsung ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini pihak sekolah boleh menghubungi Encik Shahidan Shafie di talian 04-928 3309 atau melalui e-mel shidan@uum.edu.my.


Sekian. Terima kasih.

KARNIVAL FUNTASTIC SCIENCE PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (3) TAHUN 2016


(Tarikh tutup pendaftaran dilanjutkan.)

Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia Salam Sehati Sejiwa,

Sukacita dimaklumkan SMK Bandar Utama Damansara (3), Selangor akan menganjurkan Karnival Funtastic Science Peringkat Kebangsaan tahun 2016 pada ketetapan berikut:

Tarikh      : 23 April 2016
Tempat   : SMK Bandar Utama Damansara (3), Selangor
Tarikh tutup telah ditunda pada 10 Mac 2016

Dapatkan Surat jemputan, Syarat Penyertaan, Peta Lokasi dan Borang-borang berkaitan
= = = = = >>>SILA KLIK DI SINI.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 21 Januari 2016

PENGHANTARAN LAPORAN AK & JJ SBA

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Dengan hormatnya SKK diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.         Sehubungan dengan itu, semua SKK diwajibkan menghantar Laporan Jaringan & Jalinan (JJ) dan Laporan Kebitaraan Akademik (AK) mengikut ketetapan dalam Mesyuarat PGB SKK dan Bengkel Kerja Penyelaras Kebitaraan Akademik seperti berikut:
Sukuan pertama (Januari-Mac) – 10 April
Sukuan kedua (April-Jun) – 10 Julai
Sukuan ketiga (Julai-September) – 10 Oktober
Sukuan keempat (Oktober-Disember) – 10 Januari tahun berikutnya
Manakala Laporan Program Berimpak Tinggi perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu selepas program berlangsung. Semua laporan ini perlulah dihantar secara dalam talian melalui e-mel myklustersba@gmail.com.

3.         Oleh itu, BPSBPSK telah menutup laporan bagi tahun 2015 berakhir 20 Januari 2015 dan tidak akan merekod sebarang penerimaan lagi selepas ini. Senarai semak bagi penghantaran laporan mengikut sukuan akan dikeluarkan kemudian kepada semua SKK dalam tempoh masa terdekat untuk rujukan semua pihak.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua SKK yang telah menghantar laporan sepanjang Tahun 2015.

Sekian.

Selasa, 5 Januari 2016

BUKU KPM - PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Makluman kepada semua SKK,


Bahagian ada menerbitkan sebuah buku berkaitan dengan Program Pengantarabangsaan SKK. Antara isi kandungan buku tersebut ialah Pengurusan Permohonan Ke Luar Negara, Pengurusan Penyertaan dan Penglibatan Program Antarabangsa, Kategori Program Pengantarabangsaan yang tidak digalakkan dan lain-lain.

Buku ini boleh dimuat turun dalam bentuk PDF dalam Blog ini dalam ruangan Maklumat SKK. Juga boleh dimuat turun melalui link dibawah.

Sekian, harap maklum.