Rabu, 30 Disember 2015

LAPORAN PROGRAM JARINGAN & JALINAN DAN KEBERKESANAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN DAN LAPORAN KEBITARAAN AKADEMIK SUKUAN KEEMPAT (4) 2015


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Mohon perhatian semua SKK, supaya dapat menghantar Laporan Jaringan & Jalinan (JJ) dan Laporan Kebitaraan Akademik (AK) Sukuan KEEMPAT( 4 ) sebelum atau pada 4 Januari 2016

Manakala sekolah yang ke LUAR NEGARA , wajib menghantar Laporan Keberkesanan Program Pengantarabangsaan dan Laporan Program Berimpak Tinggi dalam tempoh 2 minggu selepas program berlangsung (sebelum 14 Januari 2016).

Bagi Laporan JJ dan Laporan AK Sukuan Kedua ( 2 ) dan Sukuan Ketiga ( 3 ) masih terdapat SKK yang belum menghantar laporan tersebutHarap semua SKK yang terlibat membuat TINDAKAN SEGERA. 

Kegagalan tuan untuk berbuat demikian, akan menyukarkan Bahagian menyelaras dan menganalisis setiap program berkaitan yang telah dijalankan oleh SKK.

Sekian, terima kasih.

"Salam Sehati Sejiwa"

Sila klik di bawah (jika perlu) :-
FORMAT LAPORAN JARINGAN , JALINAN DAN PENGANTARABANGSAAN
FORMAT LAPORAN KEBITARAAN AKADEMIK
FORMAT LAPORAN KEBERKESANAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN
FORMAT LAPORAN PROGRAM BERIMPAK TINGGI

Isnin, 21 Disember 2015

HEBAHAN: PEMAKLUMAN PENGURNIAAN PINGAT KEPADA PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Puan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) yang telah dikurniakan 
Pingat Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia-Peringkat Kedua dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato'


YBhg. Dato' Hajah Rashidah binti Md Arif

Pengarah 
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh 
dan Sekolah Kecemerlangan