Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

PROGRAM IABI20158A02 - PENGURUSAN STRATEGIK ANJURAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI - Sekolah Menengah

Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan Program IABGH1551 01 - Kursus Pengurusan Strategik untuk SKK Fasa 8 bagi Sekolah Menengah.
Sehubungan dengan itu, hanya mereka yang tersenarai sahaja seperti lampiran dikehendaki hadir. 
Surat makluman disertakan dan juga diemel ke emel sekolahcemerlang.net untuk makluman dan tindakan mereka yang terlibat dalam bentuk softcopy manakala hardcopy akan dipos kepada pihak tuan yang berkenaan secepat mungkin.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada Pn Hazliza binti Mohd Ghafii ditalian 03-83217423 atau 0125883082
Muat turun lampiran >> disini <<

PROGRAM IABI20158A02 - PENGURUSAN STRATEGIK ANJURAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan Program IABI20158A02-Pengurusan Strategik untuk SKK Fasa 9 bagi Sekolah Rendah.
Sehubungan dengan itu, hanya mereka yang tersenarai sahaja seperti lampiran dikehendaki hadir. 
Surat makluman disertakan dan juga diemel ke emel sekolahcemerlang.net untuk makluman dan tindakan mereka yang terlibat dalam bentuk softcopy manakala hardcopy akan dipos kepada pihak tuan yang berkenaan secepat mungkin.
Muat turun lampiran >> disini <<

LAPORAN SUKUAN PERTAMA AKTIVITI KEBITARAAN AKADEMIK

Bagi SKK fasa 1-8 yang belum menghantar laporan sukuan pertama aktiviti kebitaraan akademik dikehendaki menyegerakan penghantaran laporan berkenaan. 

Diharap penyelaras SKK dapat mengambil tindakan dengan segera. Mohon penyelaras cc juga laporan tersebut kepada Guru Besar/Pengetua sekolah masing-masing supaya tidak timbul kekeliruan daripada Guru Besar/Pengetua yang mengatakan sekolah telah menghantar laporan tersebut walaupun sebenarnya laporan tersebut tidak sampai kepada bahagian.
Tempoh yang diberikan untuk penghantaran laporan sukuan pertama ini sehingga 20 April 2015 (Isnin). Selepas daripada tarikh itu, surat peringatan mesra akan diberi kepada sekolah yang berkenaan.
Laporan tersebut perlu dihantar menggunakan format laporan yang terkini yang telah dimuatnaik dalam blog: myklusterakademik.blogspot.com. Jika tidak dapat download template tersebut, boleh hubungi Puan Hazliza dengan kadar segera supaya boleh diemel kepada emel masing-masing.
Laporan juga jangan discan, pdf atau dihan…

PEGAWAI BAHARU SEKTOR PENGURUSAN KEBITARAAN AKADEMIK, SKK

Imej
Sukacita dimaklumkan bahawa  En. Muhd Zukhairi bin Ahmad  telah ditempatkan sebagai Penolong Pengarah,  Sektor Pengurusan Kebitaraan Akademik (SBA), SKK  Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkuatkuasa mulai 16 April 2015 bagi menggantikan tempat 
Tn. Haji Md. Kamsani bin Othman yang telah bersara.

MUAT TURUN BORANG

KARNIVAL MATEMATIK PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN SK PEREMPUAN METHODIST IPOH
Muat turun surat jemputan, tentatif program, syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan >>  di sini <<

Keterangan lanjut boleh hubungi; Penyelaras Program
Pertandingan Sudoku Puan Tan Wai Khuan - 012-5252892
Pertandingan Abakus Puan Fadilah - 019-3924117 05-2545453 (no. pej)          05-2433700 (n. Faks)

FESTIVAL KEBITARAAN BAHASA DAN KEBUDAYAAN SKK PERINGKAT KEBANGSAAN 2015
Muat turun Borang Penyertaan  >>di sini<<
Borang Penyertaan  hendaklah difaks kepada : Penolong Kanan Kokurikulum SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching : 082 445397Penolong Kanan Kokurikulum Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching : 082 449872Sebarang pertanyaan mengenai  penyertaan Festival Kebitaraan Bahasa dan Kebudayaan  boleh menghubungi Pn. Noor Adzlina Bolhan ( Penyelaras Niche Bahasa Inggeris Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching, Sarawak ) : Tel pejabat : 082 440635, HP …

RATIO PENGANJURAN PERINGKAT KEBANGSAAN, NEGERI & DAERAH

Sukacita disampaikan kembali maklumat sebagai peringatan berkenaan peringkat penganjuran.
1. Peringkat Antarabangsa - pelibatan 5 buah negara termasuk Malaysia. 2. Peringkat Kebangsaan - pelibatan sekurang-kurangnya 3 buah negeri, setiap negeri sekurang-kurangnya 3 sekolah       (minima 9 sekolah keseluruhan) 3. Peringkat Negeri- pelibatan sekurang-kurangnya 3 daerah, setiap daerah sekurang-kurangnya 3 sekolah (minima 9       sekolah keseluruhan)
SKK dimohon untuk meneliti semula Surat Siaran KPM Bil. 20 tahun 2012.

KARNIVAL MATEMATIK PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN SK PEREMPUAN METHODIST IPOH

SK Perempuan Methodist, Ipoh akan mengadakan Karnival Matematik Peringkat Kebangsaan usahasama Malaysia Sudoku Society.2 pertandingan akan dijalankan iaitu Pertandingan Sudoku (murid Tahap 2) dan Pertandingan Abakus (murid Tahap 1)

1)Tarikh: 23 Mei2015 2)Tempat: Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Ipoh 3)Yuran Pendaftaran  :RM10 untuk setiap peserta
Pertandingan Sudoku Tarikh: 23 Mei2015 (9.30 pagi – 12.30 tgh hari) Syarat-syarat:1) Kategori sekolah rendah & murid Tahap 2 2) Maksimum 2 orang peserta bagi setiap sekolah 3) Pertandingan berbentuk individu Pertandingan Abacus Tarikh: 23 Mei2015 (9.30 pagi – 12.30 tgh hari) Syarat-syarat:1) Kategori sekolah rendah & murid Tahap 1 2) Maksimum 2 orang peserta bagi setiap sekolah

FESTIVAL KEBITARAAN BAHASA DAN KEBUDAYAAN SKK PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Salam 1 Malaysia, Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Datu Patinggi Abang  Haji Abdillah dan SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching, Sarawak telah dipertanggungjawabkan oleh Sektor Pengurusan Kebitaraan Kokurikulum (SKK),  Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menganjur FESTIVAL KEBITARAAN BAHASA DAN KEBUDAYAAN SKK PERINGKAT KEBANGSAAN 2015.
Butiran penganjuran adalah seperti berikut: Tarikh :  24 – 27 Julai 2015 Pendaftaran :  24 Julai 2015 mulai 2.00 petang Tempat :  SMK Agama Tun Ahmad Zaidi Aktiviti : (A)  Sekolah Menengah 1. Public Speaking Competition 2. Multimedia Presentation Competition 3. Pengisahan Warisan Budaya 4. Bengkel Penulisan Genre Puisi

:  (B) Sekolah Rendah
1. Story Telling Competition
2. Poetry RecitationCompetition
3. Pertandingan Bercerita
4. Pesta Pantun

: (C) Aktiviti Kebudayaan (Menengah dan Rendah)
1. Bengkel Seni Budaya
2. Jejak Budaya
3. Berdango Masak (Demonstrasi Memasak)
4. Bengkel Muzik
Tekan/click >>

Senarai SKK Fasa 9 Yang Tidak Menghantar RFP

Mohon kerjasama SKK Fasa 9 berikut untuk menyemak semula penghantaran hardcopy RFP. Tarikh akhir penghantaran adalah 20 Mac 2015.   Sehingga 2 April 2015, SKK Fasa 9 yang berikut masih belum menghantar RFP.Mohon perhatian dan tindakan segera.
01. SK Bandar Pusat, Jengka, Pahang 02. SK Bandar Tenggara 1, Johor 03. SK Tunku Mahmood 2, Johor 04. SK Jubli Intan, Johor 05. SMK Taman Tasik, Perak 06. SJKT Ladang Sungai Papan, Johor 07. SK Jelawat, Kelantan 08. SK Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan 09. SMK Padang Saujana, Pahang 10. SK IPGM, Perlis - tiada CD 11. SK Sungai Pinang, Sarawak 12. SJKC Methodist (M), Sibu, Sarawak 13. SJKC Phuay Chai 2, Selangor 14. SMKA Durian Guling, Terengganu 15. SK Putrajaya Presint 18(1), WP Putrajaya

PERHATIAN: PENGUMPULAN DATA PEMIMPIN DAN PENYELARAS SKK FASA 1-9

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.     Sehubungan dengan itu, SKK dimohon untuk membuka e-mel masing-masing dan melengkapkan ruangan yang disediakan dan menghantar maklumat yang telah dilengkapkan sebelum atau pada 8 April 2015.
3.     Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Hazliza binti Mohd Ghafii di talian 03-83217423.
4.     Kerjasama dan tindakan segera semua SKK amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.