Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Pertandingan Genius Mathematic (G-Math Bosco) Peringkat SKK Sabah 2014

Imej
Pertandingan G-Math Bosco peringkat SKK Sabah 2014 anjuran SKK SRK Don Bosco akan diadakan pada 16 Oktober 2014 bertempat di SKK SRK Don Bosco.

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN REKODER ENSEMBLE PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam akan menganjurkan Pertandingan Rekoder Ensemble dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. 
Tempat : Pusat Latihan dan Teknologi (ADTEC), Shah Alam Tarikh : 18 Oktober 2014 (Sabtu) Masa : 8:30 pagi hingga 5:00 petang Bilangan Murid : 22 orang setiap sekolah Guru Pengiring : 2 orang
Bersama ini disertakan Surat Jemputan Pertandingan dan aturcara program untuk rujukan. 
Sebarang pertanyaan lanjut dan urusan borang, mohon hubungi pihak sekolah atau Penyelaras Program : Puan Norkamilah Binti Ismarani di talian , 019-3483751/ emel :kamilah80@gmail.com atau Penyelaras Kebitaraan Muzik : Pn Ong Bee Bee di talian, 012-6368117/ emel : ong_bb@yahoo.com.

Program Fiesta 123 Lompat SMK USJ 12 Kebitaraan Matematik dan Kebitaraan Olahraga Peringkat Kebangsaan - 13 September 2014

Untuk makluman semua SKK, Kejohanan Fiesta 123 Lompat  (Kebitaraan olahraga ) tidak ada bayaran untuk yuran pendaftaran. Yuran pendataran bagi setiap aktiviti dalam  program Fiesta 123 Lompat (Kebitaraan Matematik)  masih kekal.     Cek atas nama : Pengetua SMK USJ 12, Subang Jaya
SKK yang berminat untuk menyertai Fiesta ini atau mempunyai  sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia : 1. Puan Choo Sook Fun ( Kebitaraan Matematik) 012-6178487 2. Puan Fara Azura Mazli binti Md Razali (Kebitaraan Olahraga)  012-6195280
Kerjasama dan perhatian SKK dalam menjayakan fiesta ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Daripada, CIK TE SEE YIN Penyelaras SKK  SMK USJ 12 BEA 8635 Fasa 5