Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Tahniah SKK Fasa 8

Imej
Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Sukacita dimaklumkan Majlis Pengiktirafan SKK Fasa 8 telah selamat disempurnakan oleh YBhg. Dato' Wan Khazanah binti Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) pada 26 Jun 2014 di Dewan Serbaguna Aras 9, E12.
Selamat datang ke SKK diucapkan kepada 104 sekolah yang telah diiktiraf. Sebanyak 19 Sekolah Menengah dan 85 Sekolah Rendah telah menerima watikah pengiktirafan pada hari ini.
Ribuan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan majlis pengiktirafan ini.

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2014

Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia kepada semua SKK

Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dibuat dan Instrumen Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2014 telah dikeluarkan sebagai panduan semua sekolah. Mohon semua SKK mengambil maklum dan mengambil tindakan sebarang perubahan yang berlaku.

Sila klik pada pautan ini >>> Pentaksiran Tingkatan 3 <<<

Makluman Tandatangan untuk Sijil SKK

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan untuk perhatian dan tindakan SKK bahawa mulai 16 Jun 2014, semua sijil SKK yang memerlukan tanda tangan Pengarah BPSBPSK perlu menggunakan nama berikut:
HJ MD KASIM BIN MD NOAH A.M.N., P.I.S, AMP
Timbalan Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan
Sekolah Kecemerlangan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Makluman ini hanya bersifat sementara sehingga lantikan pengarah BPSBSPK yang baharu diterima.
Suka diingatkan semua sijil perlu dihantar secara softcopy untuk semakan dahulu sebelum dihantar secara hardcopy. Sijil kebitaraan akademik perlu dihantar kepada SBA dan sijil kebitaraan kokurikulum kepada SBK.
Terima kasih

Makluman Kursus untuk pentadbir SKK di Institut Aminuddin Baki

Kursus kepada 30 SKK Rendah.
Untuk maklumat lanjut tentang kursus ini, mohon click pautan dibawah
>> Surat Makluman Kursus BOS siri 1 <<
>> Jadual Kursus BOS siri 1 <<

Surat telah di emel, fax dan dihantar secara pos, mohon sekolah ambil maklum tentang perkara ini.