Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Hebahan: Anugerah Ikon Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Salam 1 Malaysia,
YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja Anugerah Ikon Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014. Anugerah ini merupakan kali kedua diadakan dan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan (guru/pensyarah/pegawai) atas sumbangan dan jasa mereka mengharumkan nama negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, kepada semua guru atau pentadbir yang berminat untuk menyertai Pencalonan Anugerah Ikon Guru tersebut boleh merujuk kepada Lampiran untuk semua syarat-syarat serta borang penyertaan. 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

ARAHAN PEMBERHENTIAN SEBARANG TAKLIMAT PBS

Arahan dari Datuk Dr. KPPM kepada SEMUA sekolah supaya TIDAK mengadakan sebarang taklimat mengenai PBS sehingga hasil kajian semula PBS dibentangkan kepada Pengurusan Tertinggi KPM dimuktamadkan.

Harap semua SKK ambil perhatian dan ambil maklum akan perkara ini.

SOAL SELIDIK MAKLUMAT PROFIL SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2014

Assalamulaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia

TINDAKAN SEGERA

Pihak Sektor Kebitaraan Akademik sedang menyediakan laporan Status 75 Perakuan Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi tahun 2014. Sehubungan itu, pihak sektor ingin memohon bantuan SKK untuk melengkapkan soal-selidik berkaitan perkara tersebut. Soal-selidik tersebut boleh diakses melalui pautan di bawah. Terlebih dahulu, pihak sektor ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan tindakan pihak sekolah.

Maklumat Profil SKK 2014<-- borang secara atas talian DISINI

PENTING: PENAGGUHAN PERBELAJAAN PERUNTUKAN SKK SEBANYAK RM80,000.00 UNTUK TAHUN 2014

Peruntukan Kewangan RM80,000.00yang telah diturunkan ke sekolah perlu ditangguhkan perbelanjaan bagi tujuan pelarasan semula. Diharap semua SKK Fasa 1 hingga 7 patuh dengan makluman dari BPSBPSK. Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara ini akan dimaklumkan kemudian. 
Sebarang kesulitan amat dikesali

MAKLUMAN PENUTUPAN PENGHANTARAN LAPORAN AKTIVITI KEBITARAAN AKADEMIK SUKUAN TAHUN KE-4 TAHUN 2013

Tarikh tutup bagi sekolah untuk menghantar Laporan Aktiviti Kebitaraan Akademik bagi Sukuan Tahun ke-4 ialah pada 12 Februari 2014

Semua laporan hendaklah dihantar ke emel myklustersba@gmail.com atau hazliza.ghafii@gmail.com. Penghantaran laporan selepas pada tarikh ini tidak akan diambil kira.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Hazliza ditalian 03-8321 7423 atau hazliza.ghafii@gmail.com

PENYEDIAAN KEMUDAHAN SECARA PAKEJ BAGI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) KE BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN (BPSBPSK)

Dimaklumkan bahawa Pegawai Pengawal (KSU) telah bersetuju mewakilkan kuasa kepada pegawai iaitu Pengarah BPSBPSKuntuk meluluskan penyediaan kemudahan secara pakej bagi tugas rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.

Bagi pakej yang bernilai  (i) Dibawah RM50,000.00 dan dibuat dalam zon perlu dihantar ke BPSBPSK dan diluluskan oleh Pengarah BPSBPSK.

(ii)Melebihi RM50,000.00 atau dibuat diluar zon yang ditetapkan perlu dihantar ke Bahagian Kewangan untuk kelulusan.

Diharapkan dengan kemudahan ini agar pengurusan kewangan dan perolehan pakej dilaksanakan dengan kemas dan teratur. Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.