Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Peringatan Mesra - Laporan Sukuan Tahun Aktiviti Kebitaraan Akademik serta Pengantarabangsaan, Jaringan dan Jalinan

Salam hormat kepada semua SKK.
Sukacita diingatkan agar semua SKK yang masih belum menghantar laporan bagi sukuan keempat agar dapat berbuat demikian dengan kadar segera. Ini kerana tarikh penghantaran yang sepatutnya pada 10 Januari telah lama berakhir. Semua laporan boleh dihantar ke alamat emel myklustersba@gmail.com

Sekian. terima kasih.

Jemputan Menyertai "National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2014" (iCompEx'14) - Peringkat Kebangsaan

Imej
Salam hormat kepada semua SKK,

Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan pertandingan seperti yang tersebut diatas.
Bahan penyertaan boleh dimuat turun disini --> Surat Jemputan & Borang Penyertaan
Sehubungan dengan itu, semua SKK adalah dialu-alukan untuk menyertai progam ini.
Sekian. Terima kasih.

Makluman & Peringatan

Salam 1Malaysia,
Mohon SKK ambil maklum perkara berikut: i. Penganjuran Antarabangsa dalam Negara    Sukacita diingatkan supaya SKK yang telah menghantar cadangan untuk menganjurkan program peringkat antarabangsa dalam negara, iaitu SKK sebagai penganjur, dimohon untuk menghantar kertas kerja program terbabit beserta surat iringan pada kadar segera. Untuk makluman SKK, penganjuran ini memerlukan kelulusan KDN kerana melibatkan peserta dari luar negara. Proses kelulusan ini mengambil masa yang panjang kerana perlu melalui beberapa proses iaitu:     a. ulasan daripada Bahagian KPM     b. pembentangan dalam 2 peringkat mesyuarat tinggi sebelum dimurnikan sekali lagi     c. akhir sekali pembentangan untuk kelulusan ii. Permohonan ke Luar Negara Menggunakan Peruntukan Khas Kluster Mulai tahun 2014, SBK akan menguruskan permohonan ke luar negara bagi SKK yang menggunakan peruntukan khas kluster. Suka diingatkan perkara berikut:    a. RFP untuk program berkenaan perlu mendapat kelulusan. …

HEBAHAN: MAJLIS AMANAT YBHG. TAN SRI DR. ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Amanat YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara 2014 telahpun di adakan pada 20 Januari 2014 bertempat di Dewan Plenari, Putrajaya International Convention Centre (PICC) Putrajaya.
3.      Sehubungan itu, bersama-sama ini, disertakan maklumat berikut :           i) Transkrip Amanat YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara2014           ii)  Buku Kecil ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ (MPAbooklet)           iii) Ringkasan Buku ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’
4.      Untuk makluman Tuan/Puan, Buku Kecil ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ boleh juga didapati di laman berikut:           i)       http://www.pmo.gov.my/ksn/images/MPAbooklet.pdf           ii)      http://www.jpm.gov.my/userfiles/file/MPAbooklet.pdf
Sekian, terima kasih.

Pertandingan Video Pendek Khidmat Masyarakat

Salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup Pertandingan Video Pendek Khidmat Masyarakat adalah pada 31 Januari 2014.

Suka diingatkan bahawa murid yang layak menyertai pertandingan ini adalah murid yang berada dalam tingkatan 3 dan 4 pada tahun 2013 dan 2014. Sehubungan dengan itu,sebagai contoh, murid yang berada dalam tingkatan 4 pada tahun 2013 yang telah bekerjasama dalam pembikinan video itu boleh disertakan sebagai ahli kumpulan.

Sebarang kemusykilan berkenaan hal ini boleh dimajukan kepada Tn Hj Abd Rafar.

Hebahan: Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2014. Pendaftan dalam talian (online) bermula 13 Januari -13 Februari 2014.

Berikut adalah link untuk :

Maklumat Lanjut- http://www.penerangan.gov.my/images/stories/pdf_files/KUIZ_ASEAN_2014.pdf

Laman Facebook Rasmi - http://www.facebook.com/AseanQuizMalaysia2014

Kajian Kesesuaian Pasangan Jalinan SKK-IPTA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Dimaklumkan bahawa pihak BPSBPSK sedang melaksanakan kajian semula kesesuaian pasangan Jalinan SKK-IPTA. Sehubungan itu, sekolah kluster kecemerlangan (SKK) dimohon untuk mengisi borang soal-selidik yang telah dihantar melalui email pada 7 Januari 2014. Tuan/puan dimohon mengisi borang soal-selidik ini pada atau sebelum 21 Januari 2014. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh diajukan kepada En. Shafizul Bin Mohamad di talian 03-83217428 atau email fizulmy@gmail.com. Segala kerjasama tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Borang soal-selidik ini juga boleh diakses di pautan ini. Borang Soal-selidik Kajian Kesesuaian Pasangan Jalinan SKK-IPTA