Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Ucapan Takziah Kepada SKK Yang Terlibat Dengan Musibah Banjir Tahun 2014

Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) khasnya kami warga Sektor Kecemerlangan merakamkan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati terhadap SKK yang terlibat dengan musibah banjir yang melanda khususnya di pantai timur atas musibah dan ujian yang ditempuhi. Kepada warga SKK yang terlibat dengan banjir kami mendoakan semoga Allah memberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi bencana ini.

Template Laporan UPSR dan SPM bagi SKK Fasa 1 hingga Fasa 8

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua SKK,

Sukacita dimaklumkan keputusan UPSR telah diumumkan pada 26 November 2014 (Rabu). Sehubungan dengan itu, semua SKK dimohon untuk memuat turun Template Laporan UPSR dan SPM dengan senarai SKK Fasa 8 yang telah dikemaskini. Template ini perlu diisikan oleh semua SKK. Satu salinan secara hard copy perlu disimpan di dalam fail keputusan peperiksaan sekolah dan satu satu salinan perlu diemelkan secara soft copy ke myklustersba@gmail.com.

Template Laporan UPSR dan SPM bagi SKK Fasa 1 hingga Fasa 8 <-- pautan template

Pautan ini juga boleh didapati pada pautan sebelah kanan blog ini dibawah ruangan BAHAN-BAHAN UNTUK DIMUAT TURUN

Maklumbalas Mesyuarat Pengurusan Kebitaraan Akademik (MPKA) SKK Bil.1/2014

Untuk makluman semua SKK, Mesyuarat Pengurusan Kebitaraan Akademik MPKA) Sekolah Kluster Kecemerlangan Bil.2/2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

a. 1 Disember 2014 - Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan)
b. 2 Disember 2014 - Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang)
c. 9 Disember 2014 - Zon Tengah dan Zon SQL (Selangor, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya) 
d. 10 Disember 2014 - Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak)

Sehubungan dengan itu, berikut dilampirkan makumbalas yang perlu dilengkapkan dan dipulangkan semula secara emel ke myklustersba@gmail.com selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh MPKA diadakan :

a. Zon Selatan
b. Zon Timur
c. Zon Tengah
d. Zon Utara
e. Zon SQL


Mohon semua SKK ambil tindakan terhadap perkara ini. Kerjasama dan keprihatinan semua SKK didahului dengan ucapan terima kasih.

* Surat Panggilan Mesyuarat Pengurusan Kebitaraan Akademik Bil.2/2014

Sekian.

SEMAKAN STATUS SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK)

Tahniah SMK Penang Free, Pulau Pinang

Salam 1Malaysia,

Tahniah diucapkan kepada SMK Penang Free yang telah diamanahkan sebagai sekolah pertama mewakili Malaysia untuk memulakan projek rintis SEAMEO Borderless School bermula tahun 2015 hingga tahun 2020.
Semoga kepercayaan ini akan memangkin kejayaan sekolah untuk mengharumkan nama negara.

PUNGUTAN DATA PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN SKK 2014 SECARA ONLINE

Bahagian ini sedang memungut data-data program Jalinan dan Jaringan yang dilaksanakan sepanjang tahun 2014 SECARA ONLINE. Pungutan data ini bertujuan untuk memantau aktiviti tersebut bagi perancangan aktiviti yang sama pada tahun 2015. Data-data yang diperlukan terbahagi kepada dua bahagian iaitu
RUMUSAN PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN DALAM NEGARA2014
RUMUSAN PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN LUAR NEGARA2014
Sehubungan itu tuan/puan adalah dimohon untuk menghantar SEMUA laporan program Jalinan dan Jaringan yang telah dilaksanakan di sekolah tuan/puan bermula Januari 2014 hingga 15 November 2014 dengan menggunakan pautan di atas sebelum atau pada 15 November 2014.
 Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara di atas , tuan/puan bolehlah menghubungi pegawai berikut:
Md.Kamsani bin Othman – Tel 03 8321 7420 (emel : kamsani.tvp@gmail.com)
Sekian terima kasih.

KEPUTUSAN RASMI PEMENANG ANUGERAH KECEMERLANGAN JALINAN SKK-IPTA 2014

BIL

NAMA ANUGERAH
SKK

IPTA
1. ANUGERAH JALINAN AKADEMIK
SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
2. ANUGERAH JALINAN KOKURIKULUM
MAKTAB SULTAN ISMAIL
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
3. ANUGERAH JALINAN KEMASYARAKATAN
SK SENA

GAMBAR MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN JALINAN SKK-IPTA 2014 PADA 20 OKTOBER 2014 DI DEWAN ZA'BA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PRESINT 5, PUTRAJAYA

Imej

CLUSTER SCHOOLS ACTION SONGS COMPETITION NATIONAL LEVEL 2014

Imej
Program ini akan disertai oleh 12 buah sekolah dari negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang dan akan dirasmikan oleh YABhg Isteri Menteri Besar Terengganu.  Turut Hadir ialah PPD Setiu dan Pegawai Unit SBPSKK JPN Terengganu.

SENARAI PENYELARAS IPTA DAN PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK SK SENA DAN SEMSAS

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) di bawah Sektor Pengurusan Kebitaraan Akademik (SBA) merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua SKK Fasa 1 hingga 8 kerana telah bersama-sama menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Jalinan SKK-IPTA dan Bengkel Jalinan SKK-IPTA Tahun 2014.
Bersama-sama ini dilampirkan pautan berkaitan perkara di atas untuk panduan dan rujukan semua SKK
1. Senarai Penyelaras IPTA 2. Pembentangan Amalan Terbaik SK Sena 3. Pembentangan Amalan Terbaik SEMSAS
* Pautan senarai penyelaras IPTA ini boleh didapati pada menu sebelah atas blog dan pembentangan amalam terbaik ini juga boleh didapati pada ruangan sebelah kanan blog

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN JALINAN SKK-IPTA DAN BENGKEL JALINAN SKK-IPTA 2014

Sukacita dimaklumkan BPSBPSK dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik (BPPA), Jabatan Pengajian Tinggi akan melaksanakan dua (2) program yang berkaitan dengan jalinan SKK-IPTA seperti di atas pada 20 dan 21 Oktober 2014.  Bersama-sama ini disertakan Surat Jemputan kepada SKK Fasa 1 hingga Fasa 8 untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, e-mel bertarikh 3 Oktober 2014 adalah terbatal.  Semua SKK Fasa 1 hingga Fasa 8 terlibat dalam kedua-dua program ini. Perhatian dan kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Surat Jemputan << Klik di sini untuk surat jemputan
SITI AISHAH BINTI OTHMAN
Penolong Pengarah Kanan Unit Jalinan dan Jaringan Sektor Pengurusan Kebitaraan Akademik Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Pertandingan Genius Mathematic (G-Math Bosco) Peringkat SKK Sabah 2014

Imej
Pertandingan G-Math Bosco peringkat SKK Sabah 2014 anjuran SKK SRK Don Bosco akan diadakan pada 16 Oktober 2014 bertempat di SKK SRK Don Bosco.

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN REKODER ENSEMBLE PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam akan menganjurkan Pertandingan Rekoder Ensemble dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. 
Tempat : Pusat Latihan dan Teknologi (ADTEC), Shah Alam Tarikh : 18 Oktober 2014 (Sabtu) Masa : 8:30 pagi hingga 5:00 petang Bilangan Murid : 22 orang setiap sekolah Guru Pengiring : 2 orang
Bersama ini disertakan Surat Jemputan Pertandingan dan aturcara program untuk rujukan. 
Sebarang pertanyaan lanjut dan urusan borang, mohon hubungi pihak sekolah atau Penyelaras Program : Puan Norkamilah Binti Ismarani di talian , 019-3483751/ emel :kamilah80@gmail.com atau Penyelaras Kebitaraan Muzik : Pn Ong Bee Bee di talian, 012-6368117/ emel : ong_bb@yahoo.com.

Program Fiesta 123 Lompat SMK USJ 12 Kebitaraan Matematik dan Kebitaraan Olahraga Peringkat Kebangsaan - 13 September 2014

Untuk makluman semua SKK, Kejohanan Fiesta 123 Lompat  (Kebitaraan olahraga ) tidak ada bayaran untuk yuran pendaftaran. Yuran pendataran bagi setiap aktiviti dalam  program Fiesta 123 Lompat (Kebitaraan Matematik)  masih kekal.     Cek atas nama : Pengetua SMK USJ 12, Subang Jaya
SKK yang berminat untuk menyertai Fiesta ini atau mempunyai  sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia : 1. Puan Choo Sook Fun ( Kebitaraan Matematik) 012-6178487 2. Puan Fara Azura Mazli binti Md Razali (Kebitaraan Olahraga)  012-6195280
Kerjasama dan perhatian SKK dalam menjayakan fiesta ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Daripada, CIK TE SEE YIN Penyelaras SKK  SMK USJ 12 BEA 8635 Fasa 5

Bahan Mesyuarat Pengetua dan Guru Besar SKK FASA 1 hingga 7 BIL 2/2014

Sukacita dipanjangkan Bahan Pembentangan Review SKK yang disampaikan oleh Pn Hajah Faridah binti Mohamed Zain dan bahan Intergreated Holistic Education System (IHES) yang disampaikan oleh Brother Hasni Mohammed

Review SKK << muat turun di sini 
IHES << muat turun di sini 

Mesyuarat Pengetua dan Guru Besar SKK Bil 2/2014

Salam 1 Malaysia, Sukacita disampaikan surat jemputan bagi Mesyuarat Pengetua dan Guru Besar Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 1 hingga 7 Bil. 2/2014 yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut: Tarikh: 26-27 Ogos 2014 (Selasa dan Rabu) Tempat: Sani Hotel, No. 63M Jalan Putra off Jalan Raja Laut, 50350, WP Kuala Lumpur Sasaran: Semua SKK Fasa 1 hingga 7
Pendaftaran: 1.00-2.00 petang (program bermula jam 3.00 petang) Untuk makluman, penginapan dan makan minum disediakan. Atas dasar penjimatan, penginapan disediakan secara berkongsi (2 orang sebilik) bagi semua Pengetua dan Guru Besar. Tuan digalakkan untuk memilih pasangan masing-masing. Sekiranya tuan tidak menginap, mohon maklumkan kepada kami. Dilampirkan juga format berikut untuk tindakan tuan: i.   Borang Maklumat SKK ii.  Instrumen Penilaian Kebitaraan iii.  Borang Penilaian Maklum Balas Prestasi iv.  Jawapan Kehadiran / maklumbalas kehadiran mesyuarat v.  Maklumbalas mesyuarat PGB bil.1/2014 vi. Borang Pertandingan An…

Pelaksanaan Program Asean Komuniti

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua SKK,

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksana Program Asean Komuniti  di semua sekolah.

Sehubungan dengan itu, semua SKK adalah dimohon untuk memuat turun dokumen berkaitan perkara di atas untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Sekian. Terima kasih.

Muat turun >> DISINI<<


SENARAI SKK YANG TELAH MENGHANTAR LAPORAN PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN BAGI SUKUAN KEDUA (APRIL-JULAI 2014)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
3. Sehubungan dengan itu, Bahagian mengucapkan tahnian dan terima kasih atas kerjasama SKK yang telah menghantar laporan tersebut. Daripada 187 SKK Fasa 1 - 7, hanya 20 SKK yang telah menghantar Laporan Jaringan dan Jalinan bagi sukuan kedua (April-Julai 2014) iaitu:
BIL SEKOLAH 1 SK ST ANNE’S CONVENT 2 SK AGAMA SIBU 3 SK PAON TEMAGA 4 SK PENGGU 5 SJK(C) JALAN DAVIDSON KL 6 SJK(C) SHIH CHUNG CAWANGAN 7