Jumaat, 20 Disember 2013

10 SKK terbaik dalam keputusan PMR 2013. TAHNIAH!!!

Ucapan Tahniah kepada 10 SKK tersebut kerana telah berjaya mendapat tempat 10 teratas dalam kalangan SKK seluruh Malaysia

Fasa Tahap Kod Sekolah Nama Sekolah GPS 2013
5 A DEA4296 SMS PASIR PUTEH 1.05
5 B KEB5027 SMK SULTAN BADLISHAH 1.08
4 B BFT8002 SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI  1.08
3 A AEA5077 SM SAINS TELUK INTAN PERAK 1.08
7 B TFT5001 SM IMTIAZ KUALA BERANG 1.09
5 B JRA5036 SMKA MAAHAD MUAR 1.09
5 B PEA1212 SMK BUKIT JAMBUL 1.10
1 B CEA4022 SMK ABDUL RAHMAN TALIB 1.11
6 A CEE4070 SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 1.12
5 B BRA4001 SMKA MAAHAD HAMIDIAH 1.12

Khamis, 19 Disember 2013

PENGHANTARAN AWAL KEPUTUSAN PMR 2013

Salam hormat kepada semua SKK Menengah yang mengambil PMR 2013
Mohon ambil tindakan segera perkara berikut :

SMS maklumat berikut kepada EN MOHD RAZI BIN MOHAMAD RAZALI di talian 012-720 3036
1.     Bilangan calon ambil
2.     Bilangan calon lulus
3.     Bilangan calon cemerlang (straight A)
4.     Peratus Lulus
5.     Gred Purata (GPS tahun 2013)
6.     Gred Purata (GPS tahun 2012)

* MOHON SEMUA SKK GUNAKAN TEMPLATE TERKINI LAPORAN PEPERIKSAAN AWAM UPSR/PMR/SPM 
 DISINI

Ahad, 15 Disember 2013

TAHNIAH YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof KPPM Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013 menggantikan YBhg. Tan Sri Abd Ghafar Bin Mahmud.
Tahniah diucapkan kepada YBhg Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof atas pelantikan beliau ini. Diharapkan KPM akan menjadi lebih berdaya saing dan lebih cemerlang lagi selepas ini. 
Latar Belakang 
Nama : YBhg Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof
Tarikh Lahir : 18 Oktober 1956
Tempat Lahir : Tanjung Sepat, Selangor

Pendidikan :
1963-1968 Sekolah Kebangsaan Port Sweettenham Selangor
1969-1972 High School Kelang (LCE) Selangor
1973-1974 Sekolah Dato’ Abdul Razak Seremban (MCE) Negeri Sembilan
1975 - 1977 Blackpool College of Technology & Art,  (GCE A-Level) England
1977 - 1981 Bolton Institute of Technology , (B.Sc Civil Engineering) England
1985 - 1986 North East London Polytechnic, (Postgrad.Diploma Civil Engineering) England
1988 - 1989 Universiti Teknologi Malaysia, (Master Civil Engineering) Kuala Lumpur
1993 - 1997 University of Manchester, 1993-1997, (Ph.D Education) England
1982 Kelayakan Ikhtisas :
Certificate of Education 1982, Bolton College of Education.
England

Pengalaman Pendidikan : 
1982 - 1991 Pensyarah & Ketua Jabatan Politeknik Ungku Omar Ipoh
1991-1997 Penolong Pengarah (Kurikulum) Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM
1997-1998 Penolong Pengarah (Penyelidikan) Jabatan Pendidikan Teknikal KPM
1998-2005 Timbalan Pengarah (Kurikulum) Jabatan Pendidikan Teknikal KPM
 2005-2006 Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Kedah, KPTM
2006-2009 Pengarah Institut Aminuddin Baki, KPM
2009-2010 Pengarah  Bahagian Pendidikan Guru, KPM
2010-2012 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) KPM
2012-kini Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) KPM

Kurniaan :
2012 Panglima Mahkota Wilayah (PMW) WP
2011 Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Pahang
2006 Anuegerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPM
2001 Ahli Mahkota Selangor (A.M.S)     Selangor
2000 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPM

Sabtu, 14 Disember 2013

MISI & VISI KPM

Salam 1Malaysia,
YBhg Datuk/Datin/YBrs Dr/Tuan/Puan
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru. Visi dan misi KPM yang baharu adalah seperti berikut:-

VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Isnin, 2 Disember 2013

MAKLUMAN: LOGO BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil. 8/2013 yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia bertarikh 1 November 2013 telah bersetuju dengan cadangan logo baharu KPM seperti di Lampiran.  Sehubungan dengan itu, semua Ketua Jabatan di Bahagian/ Jabatan/ Unit adalah dipohon supaya mengambil tindakan menyelaraskan papan tanda bangunan, papan tunjuk arah serta kenderaan jabatan menggunakan logo baharu tersebut seperti yang telah diarahkan oleh YBhg. Dato‘ TKSU(P) melalui surat Rujukan No. KPM.BKP.100-1/1/14 (30) bertarikh 13 Ogos 2013.

Kerjasama segera semua SKK berhubung perkara ini amatlah dihargai.