Jumaat, 30 Ogos 2013

Pelawaan Pencalonan Di Anugerah UNESCO / Emir Jaber al-Ahmad al-Jaber al-Sabah Prize “To promote Quality Education for Persons with Intellectual Disabilities 2013" dari Director General UNESCO

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia (SKUM) telah menerima edaran makluman Pelawaan Pencalonan Di Anugerah UNESCO / Emir Jaber al-Ahmad al-Jaber al-Sabah Prize “To promote Quality Education for Persons with Intellectuall Disabilities 2013" dari Director General UNESCO

Anugerah ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh The state of Kuwait dengan kerjasama lbu pejabat UNESCO Paris. Tujuan utama penganugerahan adalah " ... to promote and to reward the activities of individuals, groups, organizations or centres with intellectual disabilities”.

Semua SKK adalah digalakkan untuk menyertainya, kesemua pencalonan berkaitan mestilah melalui dan disokong serta disahkan agensi induk di mana mereka bernaung.

Semua pencalonan - di dalam bentuk hard dan soft copy haruslah dihantar kepada SKUM bagi tujuan pengesahan sebelum dipanjangkan pula kepada UNESCO pada atau sebelum jam 12:30 tenqah hari, Jumaat. 13 September 2013. Pencalonan lewat diterima akan ditolak tanpa sebarang penjelasan. 

Hadiah anugerah adalah bernilai USD 20,000 akan dibahagi di antara 2 penerima anugerah yang akan dipilih oleh Ketua Pengarah UNESCO dengan, rekomendasi sebuah panel penilai antarabangsa yang dilantik khas.

Memo/surat berkaitan perkara ini boleh dimuat turun DISINI

Khamis, 29 Ogos 2013

Rabu, 21 Ogos 2013

INTER SCHOOL (PRIMARY SCHOOL) SUDOKU COMPETITION

MAKLUMAN PERTANDINGAN 
Selamat Sejahtera,

SJKT Ringlet dengan kerjasama Persatuan Sudoku Malaysia akan menganjurkan pertandingan sudoku mengikut ketetapan berikut :

     Tarikh            : 15 September 2013 ( 8.30 AM)
     Tempat          : The Summit, USJ , Subang Jaya
     Pendaftaran : Sebelum 31 Ogos 2013


Semua SKK adalah digalakkan untuk menyertai pertandingan ini. Maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini sila klik DISINI

Selasa, 20 Ogos 2013

PANDUAN MENYEDIAKAN BAHAN SEMINAR

PERSIDANGAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2013


1.     Kertas  seminar hendaklah mengandungi:
1.1        Maksimum 4000 patah perkataan (tanpa abstrak dan rujukan).
1.2        Font : Arial, saiz 12
1.3        Spacing: 1.5       

2.     Kertas  seminar hendaklah merangkumi  perkara-perkara berikut:

2.1       Tajuk kertas yang dibentangkan;

2.2       Profil penulis (nama penuh, kelulusan, pengalaman berkhidmat, bidang pengkhususan, kertas kerja yang pernah dibentangkan sebelum ini & tempat dibentangkan (contohnya: Seminar …);

2.3       Abstrak (Maksimum 300 perkataan, dalam satu muka surat);

2.4         Latar Belakang Teoretikal;

2.5          Hipotesis dan Soalan Kajian bagi Satu Contoh Amalan Terbaik;

2.6          Kaedah Kajian/Amalan;

2.7       Keputusan Penilaian Amalan Terbaik;

2.8       Perbincangan/Hujah (Kesimpulan - Implikasi Teoretikal/Praktikal);

2.9       Rujukan (APA Editorial Styles/ Bibliografi)

3.   PowerPoint untuk pembentangan: tidak melebihi 10 slide

4.   Tempoh pembentangan: tidak melebihi 20 minit

5.   Sesi soal jawab berkaitan setiap kertas yang dibentangkan: 10 minit

6.   Kertas Seminar dan Bahan Pembentangan (PowerPoint) hendaklah disediakan dalam bentuk hard copy dan soft copy untuk dimuatkan dalam CD.

7. Semua bahan seminar perlu dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan melalui emel : myklustersba@gmail.com (u.p: En. Mohd Razi b. Mohamad Razali) pada atau sebelum  30 Ogos 2013.


* Untuk melihat senarai nama sekolah dan tajuk kertas pembetangan yang terplilih. Sila klik DISINI

Isnin, 5 Ogos 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin dari SBA, SKK, BPSBPSK

Salam hormat kepada semua SKK,

Kad digital dihulur pengganti diri kami Sektor Pengurusan Kebitaraan Akademik, SKK mohon maaf jika ada kiranya kami tersalah kata, tersinggung perasaan, tersalah tindakan kepada semua SKK yang dihormati.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN