Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

KEPUTUSAN MESYUARAT MPKA BIL.1/2013 ZON TENGAH DAN ZON SELATAN

Salam Hormat Kepada Semua SKK Zon Tengah dan Zon Selatan,

Keputusan Mesyuarat Pengurusan Kebitaraan Akademik Bil.1/2013 Zon Tengah dan Zon Selatan boleh dimuat turun DISINI

Semua SKK bagi zon ini dikehendaki mengambil tindakan mengikut ketetapan keputusan mesyuarat yang tersebut.

Sekian. Terima kasih.

Pertandingan Seni Jawi Nusantara Anjuran Utusan Malaysia

Imej
Sila ke Link Ini Atau Maklumat Lanjut boleh dimuat turun DISINI

MESYUARAT PENGURUSAN KEBITARAAN AKADEMIK SKK ZON TENGAH & SELATAN BIL.1/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Kebitaraan Akademik Sekolah Kluster Kecemerlangan Bil.1/2013 untuk SKK Zon Tengah dan Selatan akan diadakan di SM Tinggi Batu Pahat. Tekan DISINI untuk surat panggilan mesyuarat.

Untuk Maklumbalas Mesyuarat Pengurusan Kebitaraan Akademik (MPKA) Bil.3/2013 Zon Tengah dan Zon Selatan boleh dimuat turun DISINI
Untuk urusan penginapan, semua penolong kanan perlu menggunakan peruntukan khas kluster dan mencari penginapan sendiri di hotel-hotel yang berdekatan. Namun begitu, sekolah tuan rumah SM Tinggi Batu Pahat ada mencadangkan tempat penginapan yang sesuai kepada semua peserta. Boleh hubungi sekolah tuan rumah Tn. Haji Shidan b Ramli (GPK 1)di talian 07-4341097 untuk mengesahkan perkara ini. Harap maklum.

Sekian. Terima kasih.

Profil Ringkas Calon Sekolah Kecemerlangan

Salam hormat kepada semua sekolah,
Untuk makluman semua, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan sedang mengumpul Profil Ringkas Calon Sekolah Kecemerlangan menjelang 2015. 
Sehubungan dengan itu, semua sekolah boleh memuat turun borang atau template profil tersebut dalam format MS Power Point disini. Profile yang telah lengkap disediakan perlu dihantar ke emel myklustersba@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.
Sebarang persoalan berhubung perkara ini, pihak sekolah boleh menghubungi En. Mohd Razi bin Mohamad Razali di talian 03-83217424. Senarai ini perlu diserahkan semula bersama profil setiap sekolah yang telah diisi. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat dihargai.
Sekian. Terima kasih.