Jumaat, 20 Disember 2013

10 SKK terbaik dalam keputusan PMR 2013. TAHNIAH!!!

Ucapan Tahniah kepada 10 SKK tersebut kerana telah berjaya mendapat tempat 10 teratas dalam kalangan SKK seluruh Malaysia

Fasa Tahap Kod Sekolah Nama Sekolah GPS 2013
5 A DEA4296 SMS PASIR PUTEH 1.05
5 B KEB5027 SMK SULTAN BADLISHAH 1.08
4 B BFT8002 SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI  1.08
3 A AEA5077 SM SAINS TELUK INTAN PERAK 1.08
7 B TFT5001 SM IMTIAZ KUALA BERANG 1.09
5 B JRA5036 SMKA MAAHAD MUAR 1.09
5 B PEA1212 SMK BUKIT JAMBUL 1.10
1 B CEA4022 SMK ABDUL RAHMAN TALIB 1.11
6 A CEE4070 SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 1.12
5 B BRA4001 SMKA MAAHAD HAMIDIAH 1.12

Khamis, 19 Disember 2013

PENGHANTARAN AWAL KEPUTUSAN PMR 2013

Salam hormat kepada semua SKK Menengah yang mengambil PMR 2013
Mohon ambil tindakan segera perkara berikut :

SMS maklumat berikut kepada EN MOHD RAZI BIN MOHAMAD RAZALI di talian 012-720 3036
1.     Bilangan calon ambil
2.     Bilangan calon lulus
3.     Bilangan calon cemerlang (straight A)
4.     Peratus Lulus
5.     Gred Purata (GPS tahun 2013)
6.     Gred Purata (GPS tahun 2012)

* MOHON SEMUA SKK GUNAKAN TEMPLATE TERKINI LAPORAN PEPERIKSAAN AWAM UPSR/PMR/SPM 
 DISINI

Ahad, 15 Disember 2013

TAHNIAH YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof KPPM Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013 menggantikan YBhg. Tan Sri Abd Ghafar Bin Mahmud.
Tahniah diucapkan kepada YBhg Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof atas pelantikan beliau ini. Diharapkan KPM akan menjadi lebih berdaya saing dan lebih cemerlang lagi selepas ini. 
Latar Belakang 
Nama : YBhg Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof
Tarikh Lahir : 18 Oktober 1956
Tempat Lahir : Tanjung Sepat, Selangor

Pendidikan :
1963-1968 Sekolah Kebangsaan Port Sweettenham Selangor
1969-1972 High School Kelang (LCE) Selangor
1973-1974 Sekolah Dato’ Abdul Razak Seremban (MCE) Negeri Sembilan
1975 - 1977 Blackpool College of Technology & Art,  (GCE A-Level) England
1977 - 1981 Bolton Institute of Technology , (B.Sc Civil Engineering) England
1985 - 1986 North East London Polytechnic, (Postgrad.Diploma Civil Engineering) England
1988 - 1989 Universiti Teknologi Malaysia, (Master Civil Engineering) Kuala Lumpur
1993 - 1997 University of Manchester, 1993-1997, (Ph.D Education) England
1982 Kelayakan Ikhtisas :
Certificate of Education 1982, Bolton College of Education.
England

Pengalaman Pendidikan : 
1982 - 1991 Pensyarah & Ketua Jabatan Politeknik Ungku Omar Ipoh
1991-1997 Penolong Pengarah (Kurikulum) Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM
1997-1998 Penolong Pengarah (Penyelidikan) Jabatan Pendidikan Teknikal KPM
1998-2005 Timbalan Pengarah (Kurikulum) Jabatan Pendidikan Teknikal KPM
 2005-2006 Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Kedah, KPTM
2006-2009 Pengarah Institut Aminuddin Baki, KPM
2009-2010 Pengarah  Bahagian Pendidikan Guru, KPM
2010-2012 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) KPM
2012-kini Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) KPM

Kurniaan :
2012 Panglima Mahkota Wilayah (PMW) WP
2011 Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Pahang
2006 Anuegerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPM
2001 Ahli Mahkota Selangor (A.M.S)     Selangor
2000 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPM

Sabtu, 14 Disember 2013

MISI & VISI KPM

Salam 1Malaysia,
YBhg Datuk/Datin/YBrs Dr/Tuan/Puan
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru. Visi dan misi KPM yang baharu adalah seperti berikut:-

VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Isnin, 2 Disember 2013

MAKLUMAN: LOGO BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil. 8/2013 yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia bertarikh 1 November 2013 telah bersetuju dengan cadangan logo baharu KPM seperti di Lampiran.  Sehubungan dengan itu, semua Ketua Jabatan di Bahagian/ Jabatan/ Unit adalah dipohon supaya mengambil tindakan menyelaraskan papan tanda bangunan, papan tunjuk arah serta kenderaan jabatan menggunakan logo baharu tersebut seperti yang telah diarahkan oleh YBhg. Dato‘ TKSU(P) melalui surat Rujukan No. KPM.BKP.100-1/1/14 (30) bertarikh 13 Ogos 2013.

Kerjasama segera semua SKK berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Khamis, 28 November 2013

Isu Tuntuntan Perjalanan bagi Persidangan Perkongsian Amalan Terbaik SKK 2013

Salam hormat,

Merujuk kepada isu tuntutan perjalanan bagi Persidangan Perkongsian Amalan Terbaik SKK 2013. Pihak bahagian telah memutuskan bahawa semua Pengetua dan Guru Besar layak membuat tuntutan perbatuan sama seperti menghadiri mesyuarat bagi menjawab persoalan oleh beberapa orang Pengetua dan Guru Besar tentang isu tuntutan bagi program ini. Surat yang dikeluarkan bagi program ini ditulis dengan ayat Persidangan dan bukannya Seminar. Untuk rujukan lanjut, pihak SKK boleh merujuk kepada kadar kelayakan tuntutan seperti yang dilampirkan DISINI

Segala kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.


Sekian. Terima kasih.


Jumaat, 25 Oktober 2013

RALAT MESYUARAT PENGETUA DAN GURU BESAR BIL.2/2013 PADA PERSIDANGAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) TAHUN 2013

RALAT pada surat panggilan untuk tindakan mesyuarat untuk Perkara 4.1 Membawa enrolmen dan perancangan sekolah tahun 2013 pindaan kepada tahun 2014.
Sekian. Harap maklum.

BENGKEL JALINAN SKK BERSAMA IPTA BAGI SKK FASA 5 HINGGA 7

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik (BPPA), Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Bengkel Jalinan SKK Fasa 5 hingga 7. Surat edaran dan makluman lanjut berkaitan program ini boleh rujuk pada pautan berikut :

Zon Utara
Zon Selatan

Khamis, 17 Oktober 2013

JEMPUTAN PEMBENTANG UNTUK PEMBENTANGAN PERSIDANGAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) TAHUN 2013

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini akan mengadakan Persidangan Perkongsian Amalan Terbaik SKK Tahun 2013 seperti ketetapan berikut;
            Tarikh   :        20 hingga 21 November 2013 (Rabu hingga Khamis)
            Masa     :        8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat :       Institut KWSP (ESSET)
                        Persiaran KWSP, 43000 Kajang, Selangor
Sehubungan dengan itu, semua pembentang dijemput hadir. Surat jemputan boleh dimuat turun DISINI

MESYUARAT PENGETUA GURU BESAR SKK BIL.2/2013 DAN PERSIDANGAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) TAHUN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini akan mengadakan Mesyuarat Pengetua Guru Besar Bil.2/2013 bersama Persidangan Perkongsian Amalan Terbaik SKK Tahun 2013 seperti ketetapan berikut:
            Tarikh   :        19 hingga 22 November 2013 (Selasa hingga Jumaat)
            Masa     :        8.30 pagi hingga 10.30 malam
Tempat :       Institut KWSP (ESSET)
                        Persiaran KWSP, 43000 Kajang, Selangor
Sehubungan dengan itu, semua Pengetua dan Guru Besar SKK diWAJIBkan hadir.
Surat jemputan ke mesyuarat ini boleh dimuat turun DISINI

Selasa, 1 Oktober 2013

PERINGATAN - Maklumat Penipuan Maklumat Gaji - Mohon maklumkan pada PT Kewangan Sekolah

Mohon semua pengguna emel jangan mendedahkan maklumat peribadi anda / pihak lain tanpa pengesahan daripada pihak yang tidak diketahui puncanya.

Ada laporan duit telah lesap dan sebagainya.

Amalkan sifat kedekut semasa di atas talian untuk menjamin keselamatan maklumat anda semasa di atas talian.

Berikut adalah contoh emel phishing daripada pihak berniat jahat cuba mendapatkan maklumat peribadi anda.


Sabtu, 21 September 2013

Persidangan Amalan Terbaik SKK 2013

Untuk makluman semua SKK, tarikh persidangan amalan terbaik SKK terpaksa dipinda lewat sedikit dari tarikh sebenar yang dirancang iaitu 1 - 3 Oktober atas sebab arahan semasa. Tarikh baru ini akan diputuskan dan diumumkan semula setelah pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan mendapat satu tarikh dan tempat yang sesuai.

Khamis, 19 September 2013

TAHNIAH!!! 16 SKK diiktiraf SBT kohort 4 2013

Tahniah kepada 16 SKK berikut kerana telah berjaya diiktiraf sebagai SBT kohort 4 2013


Jumaat, 30 Ogos 2013

Pelawaan Pencalonan Di Anugerah UNESCO / Emir Jaber al-Ahmad al-Jaber al-Sabah Prize “To promote Quality Education for Persons with Intellectual Disabilities 2013" dari Director General UNESCO

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia (SKUM) telah menerima edaran makluman Pelawaan Pencalonan Di Anugerah UNESCO / Emir Jaber al-Ahmad al-Jaber al-Sabah Prize “To promote Quality Education for Persons with Intellectuall Disabilities 2013" dari Director General UNESCO

Anugerah ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh The state of Kuwait dengan kerjasama lbu pejabat UNESCO Paris. Tujuan utama penganugerahan adalah " ... to promote and to reward the activities of individuals, groups, organizations or centres with intellectual disabilities”.

Semua SKK adalah digalakkan untuk menyertainya, kesemua pencalonan berkaitan mestilah melalui dan disokong serta disahkan agensi induk di mana mereka bernaung.

Semua pencalonan - di dalam bentuk hard dan soft copy haruslah dihantar kepada SKUM bagi tujuan pengesahan sebelum dipanjangkan pula kepada UNESCO pada atau sebelum jam 12:30 tenqah hari, Jumaat. 13 September 2013. Pencalonan lewat diterima akan ditolak tanpa sebarang penjelasan. 

Hadiah anugerah adalah bernilai USD 20,000 akan dibahagi di antara 2 penerima anugerah yang akan dipilih oleh Ketua Pengarah UNESCO dengan, rekomendasi sebuah panel penilai antarabangsa yang dilantik khas.

Memo/surat berkaitan perkara ini boleh dimuat turun DISINI

Khamis, 29 Ogos 2013

Rabu, 21 Ogos 2013

INTER SCHOOL (PRIMARY SCHOOL) SUDOKU COMPETITION

MAKLUMAN PERTANDINGAN 
Selamat Sejahtera,

SJKT Ringlet dengan kerjasama Persatuan Sudoku Malaysia akan menganjurkan pertandingan sudoku mengikut ketetapan berikut :

     Tarikh            : 15 September 2013 ( 8.30 AM)
     Tempat          : The Summit, USJ , Subang Jaya
     Pendaftaran : Sebelum 31 Ogos 2013


Semua SKK adalah digalakkan untuk menyertai pertandingan ini. Maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini sila klik DISINI

Selasa, 20 Ogos 2013

PANDUAN MENYEDIAKAN BAHAN SEMINAR

PERSIDANGAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2013


1.     Kertas  seminar hendaklah mengandungi:
1.1        Maksimum 4000 patah perkataan (tanpa abstrak dan rujukan).
1.2        Font : Arial, saiz 12
1.3        Spacing: 1.5       

2.     Kertas  seminar hendaklah merangkumi  perkara-perkara berikut:

2.1       Tajuk kertas yang dibentangkan;

2.2       Profil penulis (nama penuh, kelulusan, pengalaman berkhidmat, bidang pengkhususan, kertas kerja yang pernah dibentangkan sebelum ini & tempat dibentangkan (contohnya: Seminar …);

2.3       Abstrak (Maksimum 300 perkataan, dalam satu muka surat);

2.4         Latar Belakang Teoretikal;

2.5          Hipotesis dan Soalan Kajian bagi Satu Contoh Amalan Terbaik;

2.6          Kaedah Kajian/Amalan;

2.7       Keputusan Penilaian Amalan Terbaik;

2.8       Perbincangan/Hujah (Kesimpulan - Implikasi Teoretikal/Praktikal);

2.9       Rujukan (APA Editorial Styles/ Bibliografi)

3.   PowerPoint untuk pembentangan: tidak melebihi 10 slide

4.   Tempoh pembentangan: tidak melebihi 20 minit

5.   Sesi soal jawab berkaitan setiap kertas yang dibentangkan: 10 minit

6.   Kertas Seminar dan Bahan Pembentangan (PowerPoint) hendaklah disediakan dalam bentuk hard copy dan soft copy untuk dimuatkan dalam CD.

7. Semua bahan seminar perlu dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan melalui emel : myklustersba@gmail.com (u.p: En. Mohd Razi b. Mohamad Razali) pada atau sebelum  30 Ogos 2013.


* Untuk melihat senarai nama sekolah dan tajuk kertas pembetangan yang terplilih. Sila klik DISINI

Isnin, 5 Ogos 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin dari SBA, SKK, BPSBPSK

Salam hormat kepada semua SKK,

Kad digital dihulur pengganti diri kami Sektor Pengurusan Kebitaraan Akademik, SKK mohon maaf jika ada kiranya kami tersalah kata, tersinggung perasaan, tersalah tindakan kepada semua SKK yang dihormati.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Isnin, 29 Julai 2013

KEPUTUSAN MESYUARAT MPKA BIL.1/2013 ZON TENGAH DAN ZON SELATAN

Salam Hormat Kepada Semua SKK Zon Tengah dan Zon Selatan,

Keputusan Mesyuarat Pengurusan Kebitaraan Akademik Bil.1/2013 Zon Tengah dan Zon Selatan boleh dimuat turun DISINI

Semua SKK bagi zon ini dikehendaki mengambil tindakan mengikut ketetapan keputusan mesyuarat yang tersebut.

Sekian. Terima kasih.

Ahad, 28 Julai 2013

Pertandingan Seni Jawi Nusantara Anjuran Utusan Malaysia


Sila ke Link Ini
Atau Maklumat Lanjut boleh dimuat turun DISINI

Khamis, 18 Julai 2013

MESYUARAT PENGURUSAN KEBITARAAN AKADEMIK SKK ZON TENGAH & SELATAN BIL.1/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Kebitaraan Akademik Sekolah Kluster Kecemerlangan Bil.1/2013 untuk SKK Zon Tengah dan Selatan akan diadakan di SM Tinggi Batu Pahat. Tekan DISINI untuk surat panggilan mesyuarat.

Untuk Maklumbalas Mesyuarat Pengurusan Kebitaraan Akademik (MPKA) Bil.3/2013 Zon Tengah dan Zon Selatan boleh dimuat turun DISINI

Untuk urusan penginapan, semua penolong kanan perlu menggunakan peruntukan khas kluster dan mencari penginapan sendiri di hotel-hotel yang berdekatan. Namun begitu, sekolah tuan rumah SM Tinggi Batu Pahat ada mencadangkan tempat penginapan yang sesuai kepada semua peserta. Boleh hubungi sekolah tuan rumah Tn. Haji Shidan b Ramli (GPK 1) di talian 07-4341097 untuk mengesahkan perkara ini. Harap maklum.

Sekian. Terima kasih.

Khamis, 11 Julai 2013

Profil Ringkas Calon Sekolah Kecemerlangan

Salam hormat kepada semua sekolah,

Untuk makluman semua, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan sedang mengumpul Profil Ringkas Calon Sekolah Kecemerlangan menjelang 2015. 

Sehubungan dengan itu, semua sekolah boleh memuat turun borang atau template profil tersebut dalam format MS Power Point disini. Profile yang telah lengkap disediakan perlu dihantar ke emel myklustersba@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang persoalan berhubung perkara ini, pihak sekolah boleh menghubungi En. Mohd Razi bin Mohamad Razali di talian 03-83217424. Senarai ini perlu diserahkan semula bersama profil setiap sekolah yang telah diisi.
Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat dihargai.

Sekian. Terima kasih.

Sabtu, 29 Jun 2013

Deputy Director SK desire all SKK to join 2013 SEAMEO-Japan ESD Award


Dear the School Director and Teacher,  
CALL FOR ENTRIES
Announcement of the 2013 SEAMEO-Japan ESD Award
Theme: Values Education
            The Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) and the Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology, Japan (MEXT) in cooperation with UNESCO Asia and Pacific Regional Bureau for Education and the Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ, Ltd. are pleased to announce the 2013 SEAMEO-Japan Education for Sustainable Development (ESD) Award, with the theme of "Values Education".

            All public and private schools in the 11 Southeast Asian countries, namely Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Timor-Leste and Vietnam are invited to submit the information about their respective school's activities/programmes relating to the theme.  The last day for submission of entries is on Monday 16 September 2013.
             Please visit the SEAMEO Website: www.seameo.org or the following link for details of the Award.
The details of the award and the 2013 Submission Form are attached for your information.  For more information of the 2013 SEAMEO-Japan ESD Award, please contact the SEAMEO Secretariat, through email at: seameojapan.award@seameo.org or by telephone number: +66 (0) 2391 0144.
            Thank you very much for your attention and support. 
Yours sincerely
The SEAMEO Secretariat

 Leading
Through
Learning

Piyapa Su-angavatin (Ms.)  

Southeast Asian Ministers of Education Organization Secretariat
(SEAMEO Secretariat)
920 Sukhumvit Road, Klongtoey District  
Bangkok 10110, Thailand
Email: piyapa@seameo.org   
Skype: piyapa_tuktar


Facebook Account: SEAMEO Secretariat










PROGRAM 2ND ASEAN+3 JUNIOR SCIENCE ODYSSEY (APTJSO) 2013

MAKLUMAN


Korea Science Academy (KSA), Busan, Korea Selatan
24 JUN HINGGA 1 JULAI 2013

TAHNIAH KEPADA PASUKAN TERPILIH :

1. SMK DATO’ PENGGAWA BARAT, JOHOR
2. SBPI RAWANG, SELANGOR


NAMA SKK
NAMA GURU
NAMA MURID
UMUR
SMK DATO’ PENGGAWA BARAT, JOHOR
ABDUL KAHAR ISMAIL

Email
FATIN NABILAH BINTI ROSLAILE
15
LEE WEN YEE
15
MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD SAIB
15
SBPI RAWANG, SELANGOR
SHAJARATUDDUUR HUSSIN

ANNOR BASYIR BAHAQI BIN ANUZI
15
NOR 'AZAM KHALIS BIN MAZRUL HISHAM
15
MUHAMMAD NAJMI BIN RISDAN
15