Khamis, 28 Februari 2013

PERSEDIAAN DAN PERINGATAN MENGENAI KEPUTUSAN SPM 2012

Dimaklumkan, keputusan SPM 2012 akan diumumkan tidak lama lagi. Sehubungan itu, semua SKK dimohon untuk bersiap sedia untuk membuat tindakan-tindakan berikut :

1. Memuat turun template analisa peperiksaan SPM.
2. Mengisikan data-data yang diperlukan.
3. Membuat penghantaran melalui emel : myklustersba@yahoo.com  
    (SELEWAT-LEWATNYA 1(SATU) MINGGU SELEPAS PENGUMUMAN RASMI DIBUAT)

4. Menghantar maklumat awal keputusan MELALUI SMS selepas pengumuman rasmi berkaitan
     a) Bilangan calon mengambil
     b) Bilangan calon LULUS
     c) Peratus LULUS Keseluruhan
     d) Bilangan calon CEMERLANG (Straight A+)
     e) GPS tahun 2011
     f)  GPS tahun 2012
    g)  Nama Sekolah dan Fasa
          melalui SMS dan hantarkan ke nombor 012-7876450 (fauzi)

5. Post-Mortem (Audit Akademik) - Hendaklah dihantar melalui emel selewat-lewatnya 1 (Satu) Bulan selepas pengumuman rasmi dibuat

6. Memaklumkan kepada Bahagian ini atas sebarang masalah berkaitan penghantaran data analisis SPM 2012 dengan menghubungi 03-8321 7424 atau 03-8321 -7423

Isnin, 18 Februari 2013

Mesyuarat Pengurusan SKK bersama Pengetua/Guru Besar dan JPN Bil. 1/2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan SKK bersama Pengetua/Guru Besar dan JPN Bil. 1/2013

akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:


surat panggilan Mesyuarat boleh dimuat turun di http://sbkkluster.blogspot.com
 
Mesyuarat Pengetua SKK Bil. 1/2013

Tarikh:    5-6 Mac 2013 (Selasa dan Rabu)
Masa:    9.00 pg-5.00 ptg (5 Mac)
             9.00 pg-1.00 ptg (6 Mac)  
Tempat:  i. Bilik Jamuan Melor (Zon Utara dan Zon Timur)
                 BPSBPSK, Cyberjaya
             ii. Bilik Mesyuarat Kesidang  (Zon Selatan, Zon SQL dan Zon Tengah)
                 BPSBPSK, Cyberjaya

Mesyuarat Guru Besar dan JPN Bil. 1/2013

Tarikh:    6-7 Mac 2013 (Rabu dan Khamis)
Masa:     2.00 ptg-5.00 ptg (6 Mac)
              9.00 pg-5.00 ptg  (7 Mac)
Tempat:  i. Bilik Jamuan Melor  (Guru Besar  6 Mac)
                      BPSBPSK, Cyberjaya
             ii. Bilik Mesyuarat Kesidang (JPN  6 Mac)
                BPSBPSK, Cyberjaya            
                 iii. Bilik Mesyuarat Kesidang  (Guru Besar dan JPN 7 Mac)
                 BPSBPSK, Cyberjaya  

Blog Festival Wind Orchestra SBP ke-XV/2013

Blog  Festival Wind Orchestra SBP ke-XV/2013

Sekolah Penganjur :  SM Sultan Abdul  Halim,Jitra 

Untuk maklumat lanjut sila ke : http://www.wocsbpfestival.blogspot.com

 

Jumaat, 8 Februari 2013

HEADCOUNT 2013 (UPSR, PMR DAN SPM)

Kepada semua SKK,

Mohon untuk menghantarkan data Headcount untuk peperiksaan awam menggunakan template yang disediakan. Panduan dan ketetapan penghantaran adalah seperti berikut :

PANDUAN PENGISIAN FORMAT ANALISIS HEADCOUNT

Namakan fail seperti berikut:
HC SMK (Nama Sekolah)(Kod Sekolah) (Fasa)Tahun 2013 (Jenis Peperiksaan) (Data TOVETR/AR1/AR2/AR3)
Contoh:
"HC SMK/SK Dusun PPP1234 F5 Tahun 2012 UPSR TOV ETR "

Data yang telah di isikan hendaklah dihantar mengikut ketetapan berikut:

1. TOV dan OTR1,OTR2,OTR3,OTR4 serta ETR   -   Minggu pertama bulan Februari
2. AR1 (* Ujian Bulan Mac)                                      -   Minggu pertama bulan April
3. AR2 (* Peperiksaan pertengahan tahun)                 -   Minggu ketiga bulan Jun
4. AR3 (* Peperiksaan Percubaan                              -   Minggu kedua bulan September

ATAU selewat-lewatnya seminggu selepas keputusan rasmi sekolah setiap peperiksaan dikeluarkan

Emelkan setiap kali data yang telah dilengkapkan ke: myklustersba@yahoo.com

Sebarang masalah yang berkaitan dengan pengisian data boleh hubungi :
a. Encik Mohd Fauzi Bin Sunary   03-83217424

CATATAN:
TOV - Take Off Value
OTR - Operational Targeted Result (Sasaran Peperiksaan)
AR - Acquired Result (Keputusan Sebenar)
ETR - Expected Targeted Result (Sasaran UPSR/PMR/SPM)

Boleh muat turun disini:
PANDUAN PENGHANTARAN
TEMPLATE HC UPSR
TEMPLATE HC PMR
TEMPLATE HC SPM

Pertandingan ICT International - International Virtual Public Speaking Competition - Anjuran SMK Dato' Ahmad Maher


Pertandingan ICT International
International Virtual Public Speaking Competition

Dijemput kepada semua SKK untuk menyertai International Virtual Public Speaking Competition
Penganjur : SMK Dato Ahmad Maher

Tarikh tutup penyertaan : 28 Februari 2013 

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 609-7418250 atau emelkan ke tnjamiltnmuhd@yahoo.com

Maklumat berkaitan dengan pertandingan :


Pertandingan ICT International

https://sites.google.com/a/maher.my/welcome-to-malaysia/home

INTERNATIONAL VIRTUAL PUBLIC SPEAKING COMPETITION
 

https://sites.google.com/a/maher.my/international-virtual-public-speaking-competition/ 

Rabu, 6 Februari 2013

PELAWAAN MENYERTAI 2ND ASEAN+3 JUNIOR SCIENCE ODYSSEY (APTJSO) 2013


Program APTJSO telah diperkenalkan dan dianjurkan oleh ASEAN+3 Center for the Gifted in Science (ACGS) yang berpengkalan di Korea Selatan. Program ini bertujuan mengumpulkan murid pintar cerdas di China, Korea Selatan, Jepun dan negara di Asia Tenggara bagi membincangkan isu dan inovasi terkini dalam bidang Sains dan Teknologi di dunia.

Program pertama APTJSO telah diadakan pada tahun 2012 di Brunei Darussalam. Malaysia pada waktu itu diwakili oleh SMS Labuan dan SMK Methodist, Sibu.

Sehubungan itu, semua SKK Menengah dipelawa untuk mencalonkan tiga (3) murid cemerlang dan seorang guru yang memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk disenarai pendek di peringkat Kementerian.

Berikut adalah makluman berkenaan program tersebut :
  1. Penganjur program ialah ACGS. Tempat program ialah di Korea Science Academy (KSA), Busan, Korea Selatan pada 17 hingga 24 Jun 2013. 
  2. Pihak penganjur akan membiayai segala kos penginapan, makan dan pengangkutan sepanjang perjalanan program di Korea. Walau bagaimanapun, tiket penerbangan pergi dan balik tidak ditanggung oleh pihak penganjur.
  3. Program disertai oleh semua negara anggota Asia Tenggara dan juga Jepun, Korea Selatan dan China.
  4. Penyertaan setiap negara ialah dua (2) pasukan. Setiap pasukan disertai oleh tiga (3) murid cemerlang Sains (berumur 13 hingga 15 tahun) dan seorang guru pengiring.
  5. Setiap SKK hanya dibenarkan mencalonkan satu (1) pasukan sahaja.
  6. Borang pencalonan berikut perlu dihantar secara kurier kepada BPSBPSK sebelum 20 Februari 2013 (u.p: Cik Rohaida Abdul Manap) :

a.    Borang Permohonan APTJSO – AFP-1 (diisi 1 salinan oleh setiap calon - murid)
b.    Borang Perakuan Pengetua & Cadangan Guru Pengiring – PF-1 (diisi 1 salinan)
c.    Kriteria Pemilihan Murid APTJSO – AFP-1 (sila patuhi kriteria ditetapkan)

Untuk makluman, surat pelawaan telah difaks ke semua SKK Menengah pada 6 Februari 2013. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan sebelum 25 Februari 2013.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Rohaida Abdul Manap di talian 03 8321 7428 atau 012 - 792 8369 atau rohaida.abdul@rocketmail.com



Selasa, 5 Februari 2013

SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 1 TAHUN 2013: GRED PURATA NASIONAL (GPN) DAN GRED PURATA SEKOLAH (GPS) PEPERIKSAAN AWAM

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/ Puan,

Merujuk kepada perkara diatas, Surat siaran ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan tentang Gred Purata Nasional (GPN) dan Gred Purata Sekolah (GPS) bagi semua peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan.

Sehubungan itu diharap pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/ Puan dimohon mengambil maklum dan tindakan sewajarnya mengikut surat siaran tersebut.

Bersama-sama ini disertakan salinan surat siaran daripada Lembaga Peperiksaan untuk rujukan pihak tuan.

Sekian. Terima Kasih


SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 1 TAHUN 2013: GRED PURATA NASIONAL (GPN) DAN GRED PURATA SEKOLAH (GPS) PEPERIKSAAN AWAM
 

Jumaat, 1 Februari 2013

Mesyuarat PKA Bil 1/2013

 MAKLUMAN PENTING

Mesyuarat yang dirancangkan seperti sebelum ini.....DITANGGUHKAN ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-83217424 (Fauzi) atau 0383217423(\Nurul)

Terima kasih.