Rabu, 2 November 2016

PENTING: RFP 2017, RFP 2016 DAN PEMANTAUAN & BIMBINGAN PERUNTUKAN KHAS SKK TAHUN 2016

Assalamualaikum,

Salam 1Malaysia Salam Sehati Sejiwa,


Mohon teliti semula makluman berikut:

1. RFP 2017

Sukacita dimaklumkan RFP 2017 bagi peruntukan berjumlah RM100,000.00 perlu dikemukakan sebelum 25 November 2016. RFP yang lengkap perlu dihantar seperti berikut:

1. Satu (1) salinan hardcopy lengkap RFP yang mengandungi Ringkasan Eksekutif dan Perbelanjaan 2017. 

2. Satu (1) salinan CD yang mengandungi softcopy RFP iaitu Perbelanjaan 2017 (Excel), Ringkasan Eksekutif (Word) yang dinamakan dengan nama sekolah. Mohon tidak dihantar dalam bentuk PDF serta TIDAK diemelkan.

Dilampirkan bersama-sama emel ini surat makluman serta format Perbelanjaan RFP dalam bentuk Excel.


2. RFP 2016

Permohonan pinda dan pindah peruntukan bagi tahun 2016 tidak lagi DITERIMA.


3. Pemantauan dan Bimbingan Peruntukan Khas SKK tahun 2016

Sekolah yang terlibat adalah:

A. Terengganu: En Shah Rafi bin Ihsham Shah (25-26 Oktober 2016)-TERKINI

i. SM Imtiaz Kuala Berang
ii. SMKA Kuala Abang
iii. SMKA Durian Guling
iv. SK Tapu
v. SK Gong Badak
vi. SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin


B. Sabah : En Shamsuddin bin Mustapha (25-26 Oktober 2016)

i.  SJKC St James
ii. SK Mutiara
iii. SK Mantob
iv. SK Don Bosco


C. Pulau Pinang: Cik Norhanida binti Samsudin (25-26 Oktober 2016)

i. SMJK Perempuan Cina
ii. SMKA Al-Mashoor (L)
iii. SMK Permatang Tok Jaya
iv. SK Kongsi
v. SK Permatang Tok Mahat
vi. SK Convent Bukit Mertajam

D. WPKL dan Selangor: Puan Nor Aripah bt Ali (2 November 2016)

i.  SMK Seri Bintang Selatan
ii. SK KLIA

E. Johor: En Shah Rafi bin Ihsham Shah (2-4 November 2016)- TERKINI

i.   SK Lepau
ii.  SK Bandar Penawar
iii. SMKA Bandar Penawar
iv. SK Felda Tenggaroh 1
v.  SK Felda Tenggaroh 4
vi. SK Taman Universiti
vii. SMK Bandar Putra
viii. SKPK Princess Elizabeth
viiii. SMK (P) Sultan Ibrahim
x. SMK Tasik Utara


Semua SKK yang terpilih untuk pemantauan dimohon ambil maklum perkara berikut:
1.  Pemantauan mengambil masa 2 jam.
2.  Sekolah dimohon menyediakan bilik yang bersesuaian untuk pemantauan ini.
3.  Kerani kewangan bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen serta mesti berada di bilik pemantauan sepanjang pemantauan dilaksanakan.
4.  Sekolah dimohon bersedia dengan dokumen berikut (mengikut format laporan pemantauan):

a.  Laporan Prestasi Perbelanjaan sehingga 30 September 2016/31 Oktober 2016 bergantung kepada tarikh pemantauan.
b.  Salinan resit penerimaan Peruntukan Khas 2016
c.  Salinan akaun subsidiari yang dicetak daripada sistem espkws
d.  Buku subsidiari manual (biru) yang telah dikemaskini
e.  Minit mesyuarat JPKA (semua mesyuarat JPKA yang telah dilaksanakan)
f.   Senarai perbelanjaan bulan Oktober-Disember (senaraikan program dan perbelanjaan untuk setiap program)
g.  Laporan Audit 2013, 2014 dan 2015
h.  Fail Baucar Bayaran (akan disemak secara rambang)

TAMBAHAN

4. Penganjuran tahun 2017

Bagi memudahkan SKK memasukkan perincian anggaran perbelanjaan untuk menyertai pertandingan anjuran SKK yang lain,  SKK yang merancang untuk melaksanakan penganjuran peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa dimohon melengkapkan borang di sini. 




Bagi SKK lain, mohon maklum bahawa pegawai SBK yang disenaraikan tiada di pejabat pada tarikh yang dinyatakan kerana terlibat dalam pemantauan berkenaan, sehubung dengan itu sila hubungi pegawai melalui telefon bimbit secara sms/whatsapp atau hubungi pegawai lain yang tidak terlibat dalam pemantauan ketika tarikh berkenaan.  Mohon maklum juga bahawa En Zunnasri Muhd Nasir, Pn Hazliza Ghafii dan Pn Hjh Siti Shakirah tidak lagi berkhidmat dengan SKK.

Harap maklum.

Terima kasih