Selasa, 30 April 2013

Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Wilayah Timur 2013

Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Wilayah Timur 2013

29 April 2013
Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Wilayah Timur 2013

sila ke Portal KPM

untuk keterangan lanjut

Peraduan Menulis Cerpen Pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

Peraduan Menulis Cerpen Pelajar Sekolah Menengah

29 April 2013
Menulis Cerpen Pelajar Sekolah Menengah( Untuk tahun 13 - 19 tahun)
Tarikh tutup: 31 Mei 2013

sila ke Portal KPM

untuk borang penyertaan

Peraduan Menulis Cerpen Pelajar Sekolah Rendah

29 April 2013
Peraduan Menulis Cerpen Pelajar Sekolah Rendah (Untuk 10 -12 tahun)
Tarikh tutup : 31 Mei 2013

sila ke Portal KPM

untuk borang penyertaan

Jumaat, 26 April 2013

Persidangan Amalan Terbaik Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2013



Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Kluster Kecemerlangan      
Kementerian Pelajaran Malaysia
(seperti dalam Lampiran A)

Salinan dan melalui:
Pengarah                                               
Jabatan Pelajaran Negeri     
(seperti pada Lampiran B)

Tuan,

PERSEDIAAN UNTUK PERSIDANGAN  AMALAN TERBAIK
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) TAHUN 2013

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.      Sebagaimana yang dimaklumkan dalam Mesyuarat Pengurusan Kebitaraan Akademik  Bil.1, 2 dan  3/2012, Persidangan Amalan Terbaik SKK dijangka akan diadakan pada 1 Oktober 2013. Selaras dengan perkembangan transformasi pendidikan yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2015, tema persidangan tahun ini berfokus kepada ke arah pendidikan inovasi sepanjang hayat.

3.      Sehubungan itu, pembentangan kertas dalam persidangan ini perlu menjurus kepada kreativiti dan inovasi dalam kepimpinan serta pengurusan kurikulum yang mampu menghasilkan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan dan berkualiti. 

3.      Untuk menjayakan persidangan ini, semua SKK (Fasa 1-7) dimohon mengambil tindakan dengan mengemukakan perkara-perkara berikut kepada Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (u.p:                          Ketua Penolong Pengarah  Sektor Pengurusan Kebitaraan Akademik)

a.    Mengemukakan abstrak kertas kerja yang akan dibentangkan (seperti contoh dalam  Lampiran C) sebelum  30 Mei 2013;

b.    Mengemukakan kertas kerja yang lengkap (Kertas Seminar) berkaitan amalan terbaik sekolah yang akan dibentangkan dalam seminar sebelum  30 Julai 2013;

c.    Mengemukakan nama pembentang (wakil sekolah) amalan terbaik sekolah sebelum  30 Ogos 2013; dan

d.    Menyediakan bahan persembahan (powerpoint) untuk pembentangan dalam persidangan dan dihantar sebelum 15 September 2013.

4.         Semua SKK diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya satu (1) cadangan abstrak untuk dipilih di peringkat BPSBPSK. Semua penghantaran bahan adalah melalui emel : myklustersba@yahoo.com. Garis Panduan Penyediaan Abstrak Kertas Persidangan Amalan Terbaik SKK Tahun 2013 adalah seperti pada Lampiran D. Segala pertanyaan dan maklumat lanjut tentang Persidangan Amalan Terbaik SKK Tahun 2013 boleh dikemukakan kepada Pn. Salbiah bt. Baba (03- 83217410/ 019-3828181) atau En. Mohd Fauzi b. Sunary (03-83217424/ 012-7876450).

Atas perhatian dan kerjasama pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Surat berkaitan boleh dimuat turun DISINI

Jumaat, 19 April 2013

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA


Kepada Semua Pengetua
 Sekolah Kluster Kecemerlangan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Salam hormat
Tuan yang dihormati
Pihak Pos Malaysia Bhd telah menganjurkan pertandingan tersebut di atas yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.00.
Bersama-sama ini dilampirkan maklumat berkaitan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia Anjuran Pos Malaysia Berhad untuk tindakan pihak tuan.
Mohon kerjasama pihak tuan untuk menghebahkan maklumat berkaitan kepada seluruh warga sekolah jagaan tuan.
Kerjasama tuan atas perkara tersebut di dahului dengan ucapan terima kasih.

Isnin, 15 April 2013

MAKLUMAN TERKINI MYIO UNIMAP

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti MYIO anjuran UNIMAP yang dijadualkan pada 26 April 2013 telah di awalkan ke tarikh baru iaitu 16 April 2013.

Sehubungan dengan itu pihak sekolah yang telah mendaftar dimohon untuk menghubungi URUSETIA MYIO UNIMAP untuk keterangan lanjut.

Sekian