Jumaat, 20 Januari 2012

Pengumpulan Data Peperiksaan Awam

Pengumpulan data peperiksaan awam UPSR,PMR dan SPM hendaklah menggunakan format yang disediakan oleh BPSBPSK. Format-format tersebut boleh dimuaturun dari Yahoo Groups. Oleh yang demikian sekolah yang belum didaftarkan ke Yahoo Groups Myklustersba ( Sektor kebitaraan Akademik ) hendaklah memberitahu pihak Sektor Kebitaraan Akademik berkaitan emel Yahoo! sekolah. Sehingga kini masih terdapat SKK yang belum memaklumkan emel masing-masing. Perkara ini telah dimaklumkan dalam talimat bersama Pengetua dan Guru Besar di Hotel Empress, Sepang pada  Oktober 2011. Semua bahan berkaitan dengan SKK yang melibatkan Kebitaraan Akademik ada di dalam Group tersebut.

Alamat Yahoo Group adalah :http://groups.yahoo.com/group/myklustersba/